MAF Drone Team Deployed for Ops PENAWAR Ops & Training 29th March 202029th March 2020 KUALA LUMPUR: Chef of Army (COA) Gen Tan Sri Dato’ Seri Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi is reviewing the drone operation to monitor the Movement Control Order (MCO) in an effort to contain the escalation of the Covid-19 outbreak around Cheras on 28 March 2020. During the review, the COA took a look at the situation and the way which the operation of the MAF Drone Team was carried out as well as the readiness of the security forces involved in the implementation of the Road Block operation. “Our presence is here, thanks to the CDF and Police Inspector-General on the use of drones and we have deployed both the MAF and Police Drone Team for use in OP PENAWAR. “The advantage of this drone is that it saves time and can go to places that are difficult to monitor faster and that using this technology will help keep us focused. “It will be used in identified red zones where detailed flight planning by the MAF, Police and other authorities are required,” he told a press conference during a drone operation survey. He also hoped that the use of these drones would strengthen the MCO as well as provide more awareness for the people to comply with the MCO. He added that the MAF is also assisted the police and local authorities in the Simpang Renggam area of Johor, which is designated as the Enforced Movement Control Order (EMCO) and also involved MAF medical officers and personnel. In addition, the COA said two things are currently under way – the invisible COVID-19 virus and also the netizens who do not comply with the MCO which in case, the MCO is likely to continue. “We are here because of the non-compliance. As long as there are non-compliance, we will continue to be on duty. “Do not consider the authorities as enemies, we are a team of friends who want to ensure that this outbreak can be broken so that the people can return to normal life,” he said. He said the measures taken by the government were for the benefit and not for the people and he appealed to all those who had no interest in coming out to comply with the MCO. Also present in the survey were Western Field Commander Lt Gen Dato’ HJ Mohd Nazir HJ Mami and Director General of Defense Intelligence, Lt Gen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan. KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi meninjau pengoperasian dron bagi memantau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebagai usaha membendung peningkatan wabak Covid-19 di sekitar kawasan Cheras pada 28 Mac 2020. Dalam tinjauan tersebut, PTD melihat sendiri keadaan dan cara pelaksanaan pengoperasian Tim Dron ATM disamping melihat kesiapsiagaan anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) yang dilaksanakan. “Keberadaan kita disini, disebabkan arahan Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara untuk mengguna pakai dron dan kita telah aturgerakkan Tim Dron ATM dan PDRM untuk digunakan dalam OP PENAWAR. “Kelebihan dron ini dapat menjimatkan masa serta dapat pergi ke tempat yang sukar dipantau dengan lebih cepat dan dengan menggunakan teknologi ini akan membantu menjadi mata kepada kami. “Ianya akan digunakan di kawasan merah yang telah dikenal pasti yang mana penerbangan dron ini bukanlah sesuka hati kerana ia mengikut perancangan khas ATM, PDRM dan pihak berkuasa lain,” katanya dalam sidang media semasa tinjauan pengoperasian dron. Beliau juga berharap dengan adanya penggunaan dron ini akan memantapkan PKP selain dapat memberi lebih kesedaran kepada rakyat agar mematuhi PKP. Tambah beliau lagi, ATM turut membantu pihak polis dan pihak berkuasa tempatan di kawasan Simpang Renggam, Johor yang diistiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) serta turut melibatkan pegawai dan anggota perubatan ATM. Selain itu PTD mengatakan dua perkara dihadapi kini iaitu virus COVID-19 yang tidak dapat dilihat dan juga netizen yang tidak mematuhi arahan PKP yang mana jika kes semakin meningkat berkemungkinan PKP ini akan terus berlanjutan. “Adanya kami disini sebab ketidakpatuhan tersebut, selagi tidak patuh selagi itu kami bertugas. “Jangan anggap pihak berkuasa sebagai musuh, kita adalah pasukan sahabat yang hendak menentukan bahawa rangkaian wabak ini dapat diputuskan agar rakyat boleh kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya. Jelasnya lagi, langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan ini adalah untuk kebaikan dan bukan untuk menyusahkan rakyat serta beliau merayu kepada semua pihak yang tidak ada kepentingan untuk keluar agar mematuhi PKP ini. Turut hadir dalam tinjauan berkenaan Panglima Medan Barat, Lt Jen Dato’ HJ Mohd Nazir HJ Mami dan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan. Like this:Like Loading... Related