You are here
Home > Human Capital > New 1st Division Commander MG Dzulkafli

New 1st Division Commander MG Dzulkafli

SARAWAK: Change of Command Ceremony of 1st Div Commander between MG Dato’ Md Din Hj Abu and MG Dato’ Dzulkafli Hj Mustaffa was witnessed by Acting Army Eastern Field Commander, MG Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan at the Multipurpose Hall at the Muara Tuang Camp on 18 June 2020.

MG Dato’ Md Din Hj Abu is the 27th 1st Div Commander from 19 March 2019. He will undergo the transition training before compulsory retirement in Dec 2020.

Born on 28 Dec 1960 in Alor Gajah, Melaka, he began his military career in 1980 by undergoing Cadet Officer training before being enlisted in the Fifth Royal Ranger Regiment (5th RRD) Battalion on 17 June 1982. He is married to Datin Salina Hj Said and is blessed with two girls and one boy.

MG Dato' Md Din Hj Abu and MG Dato' Dzulkafli Hj Mustaffa
MG Dato’ Md Din Hj Abu (left) and MG Dato’ Dzulkafli Hj Mustaffa (right).

He held various positions during his 40 years of service.

Leading the 1 Div as Malaysia faces the Covid-19 Pandemic, especially in the implementation of Op Penawar in the state of Sarawak which is now recovering alongside various agencies in preventing illegal immigrants (PATI)’s entry into Sarawak were among his leadership and his major contribution as the 1st Div.

MG Dato’ Dzulkafli Hj Mustaffa was born on 23 Feb 1963 in Kubang Pasu, Kedah. He began his career with training as a Cadet Officer in 1981, and was subsequently appointed as a Lieutenant on 22 May 1982.

The 3rd Royal Ranger Regiment (3 RRD) was his first unit of service. During his nearly 38 years of service, he has held various positions in the Malaysian Army as well as attended several strategic courses both locally and overseas.

He is married to Datin Norziati Hj Othman and was blessed with three girls and on 18 June 2020, he assumed the position of 28th 1 Div commander.


Majlis Serah Terima Tugas Panglima 1 Div

SARAWAK: Majlis Serah Terima Tugas Panglima 1 Div di antara Mej Jen Dato’ Md Din Hj Abu dan Mej Jen Dato’ Dzulkafli Hj Mustaffa disaksikan Pemangku Panglima Medan Timur Tentera Darat, Mej Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan di Dewan Serbaguna, Kem Muara Tuang pada 18 Jun 2020.

Mej Jen Dato’ Md Din Hj Abu merupakan Panglima 1 Div ke-27 bermula 19 Mac 2019 yang lalu akan menjalani latihan peralihan sebelum bersara wajib pada Dis 2020.

MG Dato' Md Din Hj Abu and MG Dato' Dzulkafli Hj Mustaffa
MG Dato’ Md Din Hj Abu and MG Dato’ Dzulkafli Hj Mustaffa

Beliau dilahirkan pada 28 Dis 1960 di Alor Gajah, Melaka memulakan karier ketenteraan pada tahun 1980 dengan menjalani latihan Pegawai Kadet sebelum ditauliahkan ke Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja (5 RRD) tanggal 17 Jun 1982. Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Salina Hj Said dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan serta seorang lelaki.

Pelbagai jawatan penting telah beliau sandang di sepanjang 40 tahun perkhidmatan beliau.

Memimpin ketumbukan 1 Div tatkala Malaysia menghadapi wabak Pandemik Covid-19 terutama dalam pelaksanaan Op Penawar di negeri Sarawak yang kini sudah sampai ke peringkat Pemulihan selain bersama-sama pelbagai agensi dalam mengekang kemasukan PATI ke negeri Sarawak antara ketokohan dan sumbangan besar beliau selaku Panglima 1 Div.

Mej Jen Dato’ Dzulkafli Hj Mustaffa dilahirkan pada 23 Feb 1963 di Kubang Pasu, Kedah. Beliau memulakan karier dengan menyertai latihan sebagai Pegawai Kadet pada tahun 1981, dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 22 Mei 1982.

Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) merupakan unit pertama perkhidmatan beliau. Di sepanjang hampir 38 tahun usia perkhidmatan, beliau telah menyandang pelbagai jawatan penting dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) selain banyak menghadiri kursus-kursus strategik di dalam dan luar Negara.

Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Norziati Hj Othman dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan dan tanggal 18 Jun 2020, beliau telah menjawat jawatan sebagai Panglima 1 Div ke-28.

Oleh: PR 1 Div

Top
%d bloggers like this: