KUALA LUMPUR, 22 June 2020 – Chief of Air Force Gen Dato’ Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad received a farewell visit from MG Dato’ Raja Ahmad Ikram bin Raja Othman at his office today.
MG Dato’ Raja Ahmad Ikram bin Raja Othman, Deputy Assistant Chief of Staff, Personnel Services, MAF Headquarters will be on leave and will soon retire from service at the MAF.
All RMAF staff would like to express their deepest gratitude and appreciation for all the service and dedication provided during his service in the RMAF in particular and in the MAF in general. All the best to MG Dato’ Raja Ahmad Ikram bin Raja Othman in whatever field he enters.
Separately, Gen Dato Sri’ Ackbal also received farewell visit from MG Johnny Loh Kok Kong, Deputy ACOS Planning and Development, RMAF HQ.
KUALA LUMPUR, 22 Jun 2020 – Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM telah menerima kunjungan hormat persaraan dari Mej Jen Dato’ Raja Ahmad Ikram bin Raja Othman TUDM di pejabat beliau, hari ini.
Mej Jen Dato’ Raja Ahmad Ikram bin Raja Othman TUDM, Timbalan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota di Markas ATM akan mula bercuti dan seterusnya menamatkan perkhidmatan di dalam ATM tidak lama lagi.
Seluruh warga TUDM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala khidmat dan jasa bakti yang dicurahkan selama di dalam perkhidmatan TUDM khususnya dan ATM amnya. Selamat Maju Jaya kepada Mej Jen Dato’ Raja Ahmad Ikram bin Raja Othman TUDM dalam apa jua lapangan yang diceburi nanti.
KUALA LUMPUR, 22 Jun 2020 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM telah menerima kunjungan hormat persaraan dari Mejar Jeneral Dato’ Johnny Loh Kok Kong TUDM di pejabatnya hari ini.
Mejar Jeneral Dato’ Johnny Loh Kok Kong TUDM, Timbalan Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan 1 di Markas Tentera Udara akan mula bercuti dan seterusnya menamatkan perkhidmatan di dalam ATM tidak lama lagi.
Seluruh warga TUDM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala khidmat dan jasa bakti yang dicurahkan kepada TUDM khususnya dan ATM amnya selama di dalam perkhidmatan sejak menyertai TUDM pada tahun 1981. Selamat Maju Jaya kepada Mejar Jeneral Dato’ Johnny Loh Kok Kong TUDM dalam apa jua lapangan yang diceburi nanti.