You are here
Home > Parade & Ceremony > New National Task Force and RMN Western Fleet Commanders

New National Task Force and RMN Western Fleet Commanders

21 August 2020 – A change of command ceremony was held today at the Auditorium Venus, RMN Training Command today. VADM Dato’ Muhamad Ridzwan bin Abdul Rahman took over VADM Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah as the RMN Western Fleet Commander.

VADM Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah will be assuming the appointment of Commander National Task Force (NTF).

VADM Dato’ Muhamad Ridzwan bin Abdul Rahman has been entrusted to lead the Navy People at the RMN Lumut Base as the 25th West Fleet Commander as well as the most senior commander at the Lumut RMN Base.

The handover ceremony was witnessed by the Chief of Navy, Admiral Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany. Navy People also witnessed the ceremony of lowering the government insignia and the exchange of symbolic binoculars in the change of command.


Patah tumbuh hilang berganti

LUMUT, 21 Ogos – Hari ini dalam lipatan sejarah warga Navy People apabila kepimpinan tertinggi Armada Barat iaitu Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah secara rasmi menyerahkan tampuk pemerintahan Markas Pemerintahan Armada Barat (MPAB) kepada Laksamana Madya Dato’ Muhamad Ridzwan bin Abdul Rahman setelah mengemudi Armada Barat selama 1 tahun 1 bulan dan 28 hari sebelum bertukar keluar sebagai Komander National Task Force (NTF).

Laksamana Madya Dato’ Muhamad Ridzwan bin Abdul Rahman telah diberi kepercayaan bagi memimpin warga Navy People di Pangkalan TLDM Lumut sebagai Panglima Armada Barat ke-25 sekaligus menjadi panglima terkanan di Pangkalan TLDM Lumut.

Upacara penyerahan tugas ini telah disaksikan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany. Warga Navy People turut sama menyaksikan upacara penurunan insignia pemerintah dan pertukaran teropong simbolik pertukaran tampuk pemerintahan.

Majlis diteruskan dengan upacara serah terima tugas Pengerusi BAKAT (L) Armada Barat di antara Datin Noorul Badriah binti Hj Mohd Said dengan Datin Siti Halijah binti Karim yang disaksikan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Laut, Puan Sri Maslina binti Ismail.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

Top
%d bloggers like this: