You are here
Home > Human Capital > Malaysian Army Regimental Sergeant Major – Dedicated and Respected

Malaysian Army Regimental Sergeant Major – Dedicated and Respected

WARRANT OFFICER I MOHD PAUZI BIN MOHD ALI was born on 3 October 1971 in Senggarang, Batu Pahat, Johor. He started his early education at Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam, Kluang Johor. In 1984 he continued his studies at Dato’ Abdul Rahman Andak Secondary School, Simpang Renggam, Kluang Johor. He joined the Army on 10 October 1990 at the former Recruit Training Center (PLR), now known as the Army Basic Training Center (PUSASDA) for 6 months in Port Dickson, Negeri Sembilan and then on 5 May 1991 he was stationed in the Eighteenth Battalion Royal Malay Regiment, Camp Seberang Takir, Kuala Terengganu. Throughout his service, he has demonstrated a high level of dedication and perseverance and worked hard to advance in his military career. As a result of his dedication during his 29 years of service, he successfully served as the 8th Army Regimental Sergeant Major.

8th Malaysian Army RSM Warrant Officer I Mohd Pauzi bin Mohd Ali
8th Malaysian Army RSM Warrant Officer I Mohd Pauzi bin Mohd Ali

Warrant Officer I Mohd Pauzi bin Mohd Ali also held a number of positions during the service, including the Repalman, Assistant Section Chief, Section Chief, Platoon Sergeant and Company Sergeant Major of Ninth Royal Malay Regiment (Para) Battalion and on 3 Jan 2007, he was promoted to Warrant Officer I. He became Regimental Sergeant Major in the fifth Battalion of the Royal Malay Regiment from 24 January 2007 until 29 July 2008. In addition, he was entrusted to hold the position of Regimental Sergeant Major in the 4th Malaysian Infantry Division Headquarters from 30 Jul 2008 to 22 Sep 2011, Sergeant Major Regiment Field Headquarters from 23 Sep 2011 to 30 June 2013 and Ceremonial Sergeant Major Regiment from 1 Jul 2013 to 4 Oct 2019. On 5 Oct 2019, he was given the trust and mandate by the top leadership of the Army to serve as the 8th Army Regimental Sergeant Major.

The career and expertise courses he has attended throughout the Service includes Basic Unarmed Combat Course (TTS) at 8 KPTD Comp, Team Rate at 9 RAMD Para, Basic Parachute at PULPAK, Comp Support Weapon at 18 RAMD, Combat Risk Coach at PULPAK, Abselling and Air Rescue Trainer at PULPAK, Head of Diving at PULPAK, Section Head at PULADA, KPSP at PUSARTI, Combat Detector at PULADA, Platoon Sergeant at PULADA, KPSMK at IPDA and KPPTTK at IPDA. He obtained excellent results in all the courses he attended.

He is married to Mrs. Zuhaniz binti Masud. Throughout their life partnership, they have two male and female children. He also makes the most of his free time with spiritual activities as well as recreation with family and he is a friendly person and highly respected by friends.

In this position, he acts as an Advisor to the Chief of Army on all existing directives and policies or recommendations involving members of the other ranks. He also acted as an advisor to the organisers of the Official Army Parade Ceremony events such as the awarding, exchange and parade of flags, the Royal Commissioning Parade of Cadet Officers, the National Funeral Ceremony and the National Day Parade. As Regimental Sergeant Major of the Army, he is also responsible as an advisor and coordinator in all parades at all Formations, Training Centers and Units.


PEGAWAI WARAN I MOHD PAUZI BIN MOHD ALI dilahirkan pada 3 Oktober 1971 di Senggarang, Batu Pahat, Johor. Mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam, Kluang Johor. Pada tahun 1984 beliau telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Dato’ Abdul Rahman Andak, Simpang Renggam, Kluang Johor. Mula menceburi Perkhidmatan Tentera Darat pada 10 Oktober 1990 di Pusat Latihan Rekrut (PLR) dahulunya dan sekarang dikenali sebagai Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) selama 6 bulan di Port Dickson, Negeri Sembilan dan seterusnya pada 5 Mei 1991 beliau ditempatkan di Batalion Ke Lapanbelas Rejimen Askar Melayu Diraja,Kem Seberang Takir, Kuala Terengganu. Disepanjang perkhidmatan, beliau telah menunjukkan sikap dedikasi dan ketekunan kerja yang tinggi dan berusaha dengan gigih untuk meningkat maju dalam kerjaya ketenteraan. Hasil daripada kesungguhan dan dedikasi yang telah dipamerkan dalam tempoh 29 tahun perkhidmatan, beliau telah berjaya menyandang jawatan sebagai Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat yang Ke-8.

Pegawai Waran Satu Mohd Pauzi bin Mohd Ali juga telah memegang beberapa Jawatan lain sepanjang tempoh perkhidmatan, diantaranya adalah Anggota Repalman, Penolong Ketua Seksyen, Ketua Seksyen, Sarjan Platun dan Kompeni Sarjan Mejar di Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) dan pada 3 Jan 2007 beliau telah dinaikkan pangkat ke Pegawai Waran Satu dan mengisi perjawatan Sarjan Mejar Rejimen di Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja mulai 24 Jan 2007 hingga 29 Jul 2008. Selain daripada itu, beliau telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Sarjan Mejar Rejimen di Markas 4 Division Infantri Malaysia mulai 30 Jul 2008 hingga 22 Sep 2011, Sarjan Mejar Rejimen Markas Medan mulai 23 Sep 2011 hingga 30 Jun 2013 dan Sarjan Mejar Rejimen Istiadat mulai 1 Jul 2013 hingga 4 Okt 2019. Pada tanggal 5 Okt 2019, beliau telah diberi kepercayaan dan mandat oleh pucuk pimpinan Tentera Darat untuk menjawat jawatan sebagai Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat yang Ke-8.

Kursus-kursus kerjaya dan kepakaran yang telah dihadiri beliau di sepanjang Perkhidmatan adalah Kursus Asas Tempur Tanpa Senjata (TTS) di 8 Komp KPTD, Kadar Pasukan di 9 RAMD Para, Asas Payung Terjun di PULPAK, Senjata Bantuan Komp di 18 RAMD, Jurulatih Risik Gempur di PULPAK, Jurulatih Abselling dan Penyelamat Udara di PULPAK, Ketua Penerjunan di PULPAK, Ketua Seksyen di PULADA, KPSP di PUSARTI, Pengesan Tempur di PULADA, Sjn Platun di PULADA, KPSMK di IPDA dan KPPTTK di IPDA. Semua kursus-kursus yang dihadirinya memperolehi keputusan yang cemerlang dan membanggakan.

Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Zuhaniz binti Masud. Sepanjang perkongsian hidup, mereka telah dianugerahkan dua orang cahayamata lelaki dan dua orang cahayamata perempuan yang memberi kekuatan untuk beliau lebih berjaya demi anak-anak yang disayangi. Beliau juga memanfaatkan masa lapang beliau dengan aktiviti kerohanian disamping beriadah bersama keluarga dan beliau adalah seorang yang peramah serta amat disegani oleh rakan-rakan.

Di dalam jawatan ini, beliau bertindak sebagai Penasihat kepada Panglima Tentera Darat di atas segala arahan dan Polisi yang wujud ataupun cadangan yang melibatkan peraturan perkhidmatan anggota lain-lain pangkat. Beliau juga bertindak sebagai penasihat kepada susunan acara Istiadat Perbarisan Rasmi Tentera Darat seperti penganugerahan, pertukaran dan mengarak panji-panji, perbarisan Pertauliahan Diraja Pegawai-pegawai Kadet, Istiadat Pengkebumian Kebangsaan dan Perbarisan Hari Kebangsaan. Sebagai Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat, beliau juga bertanggungjawab sebagai penasihat dan penyelaras dalam semua perbarisan di semua Formasi, Pusat Latihan dan Pasukan.

Top
%d bloggers like this: