You are here
Home > Parade & Ceremony > 18th MAF HQ Chief of Staff Lieutenant-General Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi

18th MAF HQ Chief of Staff Lieutenant-General Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi

KUALA LUMPUR, 18 Nov 20 – The change of command ceremony for the 18th Chief of Staff, MAF Headquarters saw Lt Gen Dato’ Pahlawan Redzuan bin Hj Baharuddin handing his appointment to Lt Gen Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi.

Lt Gen Dato' Pahlawan Redzuan bin Hj Baharuddin (left)  handing the MAF HQ COS appointment to Lt Gen Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi (right).
Lt Gen Dato’ Pahlawan Redzuan bin Hj Baharuddin (left) handing the MAF HQ COS appointment to Lt Gen Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi (right).

The ceremony was witnessed by the Chief of Defence Force, Gen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang RMAF. The appointment of Lt Gen Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi as the 18th Chief of Staff of the Malaysian Armed Forces Headquarters takes effective on 18 Nov 2020. Lt Gen Dato’ Pahlawan Redzuan bin Hj Baharuddin will be on leave and will retire from the Malaysian Armed Forces.

Also present to witness the handover ceremony were Chief Army, Gen Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, Chief of Navy, Admiral Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sani as well as other Senior MAF Officers.


UPACARA SERAH TERIMA TUGAS KETUA STAF MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA YANG BAHARU

KUALA LUMPUR, 18 Nov 20 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara telah turut hadir menyaksikan Serah Terima Tugas Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia ke-18 bertempat di Ruang Perkasa, Wisma Pertahanan.

CDF Gen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM thanking Lt Gen Dato' Pahlawan Redzuan bin Hj Baharuddin for his service.
CDF Gen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM thanking Lt Gen Dato’ Pahlawan Redzuan bin Hj Baharuddin for his service.

Upacara serah terima tugas Ketua Staf Markas ATM oleh Lt Jen Dato’ Pahlawan Redzuan bin Hj Baharuddin kepada Lt Jen Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi ini telah disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM. Pelantikan Lt Jen Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia ke-18 berkuatkuasa pada 18 Nov 2020 menggantikan Lt Jen Dato’ Pahlawan Redzuan bin Hj Baharuddin yang akan bercuti dan akan menamatkan perkhidmatan dari Angkatan Tentera Malaysia.

Turut hadir menyaksikan upacara serah terima tugas ini ialah Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sani serta serta Pegawai-pegawai Kanan ATM yang lain.

Seluruh warga TUDM mengucapkan selamat bersara serta sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Lt Jen Dato’ Pahlawan Redzuan bin Hj Baharuddin di atas jasa bakti beliau sepanjang menjawat jawatan Ketua Staf. Sekalung tahniah juga buat Lt Jen Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi di atas pelantikan sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia yang baharu.

Top
%d bloggers like this: