The Royal Malaysian Air Force (RMAF) will carry out Special Operations Capability Training and Demonstration starting from 4 to 8 September 2021.
The training and demonstration area will be conducted in the Pantai Hiburan area and around Kuala Rompin Town, Pahang.
Throughout the exercise, RMAF fighter planes and helicopters will perform low-level flights and make tactical flights for the special capability demonstration exercise. The public is advised not to panic and worried if they see RMAF planes flying low and if they hear explosions or gunshots during the training period.
This exercise by the RMAF is to ensure that the team’s capability and readiness are always at the best level, especially in protecting the sovereignty of the country’s airspace.
PESAWAT TERBANG RENDAH SEMASA LATIHAN DAN DEMONSTRASI KEUPAYAAN OPERASI KHAS
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Latihan dan Demonstrasi Keupayaan Operasi Khas yang bermula pada 4 hingga 8 September 2021. Kawasan latihan dan demonstrasi ini akan dilaksanakan di kawasan Pantai Hiburan dan sekitar Bandar Kuala Rompin, Pahang.
Sepanjang latihan dijalankan. pesawat-pesawat pejuang dan helikopter TUDM akan melaksanakan penerbangan rendah dan membuat penerbangan taktikal bagi latihan demonstrasi keupayaan khas tersebut.
Orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah dan jika terdengar bunyi letupan atau tembakan senjata api di sepanjang tempoh latihan.
Latihan ini diadakan oleh TUDM bagi memastikan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada di tahap yang terbaik khususnya di dalam melindungi kedaulatan ruang udara negara.
- KUALA LUMPUR 4 September 2021 (Dikeluarkan jam 9.15 pagi)