You are here
Home > Technology > No Breaches, Data Leakage on the Part of MAF – Affendi

No Breaches, Data Leakage on the Part of MAF – Affendi

September 29, 2021 – KUALA LUMPUR: The issue of alleged leakage of public personal data does not involve any breaches or leakage of data on the part of the Malaysian Armed Forces (MAF), said MAF Chief Gen Tan Sri Affendi Buang.

He said the MAF always emphasized the confidentiality of all data, whether it was in a closed or open network.

“The MAF takes the issue of data leakage seriously as reported, as it could invite public concern over the integrity of the monitoring system as well as the security of MAF data,” he said in a statement today.

Meanwhile, the Companies Commission of Malaysia (SSM) denied allegations that there were data leaks involving local business entities, as reported by a local portal today.

SSM in a statement informed that it has conducted an internal investigation and assured that, all corporate information stored with SSM are secure and protected by several layers of recognized information security technology.

“SSM will work with the National Cyber Security Agency (NACSA) and the National Security Council (NSC), to conduct further investigations into these allegations.

“SSM advises the public who wish to obtain information on business entities related to companies, businesses and limited liability partnerships, to transact through SSM -recognized channels,” according to the statement.

Earlier, a local portal reported about 1.4 million local company profiles stolen from SSM, were offered for sale in a hacker forum.

  • BERNAMA

Tiada kebocoran, ketirisan data di pihak ATM – Affendi

September 29, 2021 by Bernama
KUALA LUMPUR: Isu dakwaan kebocoran data peribadi awam tidak melibatkan sebarang kebocoran atau ketirisan data di pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang.

Beliau berkata ATM sentiasa menitikberatkan kerahsiaan semua data, sama ada yang berada di dalam rangkaian tertutup atau terbuka.
“ATM memandang serius isu kebocoran data seperti mana yang dilaporkan, kerana ia boleh mengundang kebimbangan masyarakat awam terhadap keutuhan sistem pemantauan serta keselamatan data ATM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menafikan dakwaan terdapat kebocoran data melibatkan entiti perniagaan tempatan, seperti dilaporkan sebuah portal tempatan hari ini.

SSM dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah menjalankan siasatan dalaman dan memberi jaminan bahawa, semua maklumat korporat yang disimpan kepada SSM adalah selamat dan dilindungi oleh beberapa lapisan teknologi keselamatan maklumat yang diiktiraf.

“SSM akan bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), bagi menjalankan siasatan lanjut terhadap dakwaan ini.

“SSM menasihati orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat entiti perniagaan berkaitan syarikat, perniagaan dan perkongsian liabiliti terhad, untuk berurusan melalui saluran yang diiktiraf SSM,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, sebuah portal tempatan melaporkan kira-kira 1.4 juta profil syarikat tempatan yang dicuri daripada SSM, ditawar untuk dijual dalam satu forum penggodam.

— BERNAMA

Top
%d bloggers like this: