You are here
Home > MY ATM > Security and Sovereignty are Priorities under 12th Malaysian Plan – Hishammuddin

Security and Sovereignty are Priorities under 12th Malaysian Plan – Hishammuddin

Alhamdulillah, 12th Malaysian Plan presented by YAB Prime Minister Ismail Sabri Yaakob earlier continues to place security and sovereignty as a priority area and in line with the main thrusts of the Ministry of Defence Malaysia. Among them:

1. Tighten land, maritime and air border controls. It includes adding security posts including in Sabah and Sarawak as well as building an Air Force Bare Base in Bintulu.

2. Improving the policy of enforcement operations, border control and management of illegal immigrants. It includes strengthening Operation BENTENG.

3. Strengthen aspects of intelligence, surveillance, target acquisition and reconnaissance as well as improve firepower and mobility. The new camp at Felda Sahabat and the 5 Brigade Camp in Kota Belud will also be completed during the 12th Malaysian Plan.

4. The National Defence and Security Industry Policy will be introduced to set the direction of local industries related to defence and security.

5. Continue efforts to protect the welfare of MAF personnel. Among them, 10,200 units of Armed Forces Family Houses are being built and can be occupied during the 12th Malaysia Plan.

6. Improving health care programs for MAF personnel. It includes building the Terendak Armed Forces Hospital, Melaka.

7. Intensify defence diplomacy through bilateral and multilateral cooperation.

InsyaAllah, MINDEF will work to ensure that all plans under 12MP can be implemented properly.


Alhamdulillah, RMK12 yang dibentangkan YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tadi terus meletakkan keselamatan dan kedaulatan sebagai bidang keutamaan serta selari dengan teras-teras utama Kementerian Pertahanan Malaysia. Antaranya :

1. Memperketat kawalan sempadan darat, maritim dan udara. Ia termasuk menambah pos keselamatan termasuk di Sabah dan Sarawak serta membina Bare Base Tentera Udara di Bintulu.

2. Menambah baik dasar operasi penguatkuasaan, kawalan sempadan dan pengurusan PATI. Ia termasuklah memperkukuh Operasi BENTENG.

3. Memperkukuh aspek perisikan, pengawasan, perolehan sasaran dan peninjauan serta menambah baik kuasa tembakan dan mobiliti. Kem baharu di Felda Sahabat dan Kem 5 Briged di Kota Belud juga akan siap dibina dalam tempoh RMKe-12.

4. Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara akan diperkenal bagi menetapkan hala tuju industri tempatan berkaitan pertahanan dan keselamatan.

5. Meneruskan usaha membela kebajikan anggota ATM. Antaranya, 10,200 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera sedang dibina dan boleh diduduki dalam tempoh RMKe-12.

6. Menambahbaik program penjagaan kesihatan bagi anggota ATM. Ia termasuk membina Hospital Angkatan Tentera Terendak, Melaka.

7. Mempergiat diplomasi pertahanan melalui kerjasama dua hala dan pelbagai hala.

InsyaAllah, MINDEF akan usahakan demi memastikan segala perancangan di bawah RMK12 dapat dilaksanakan sebaiknya.

Top
%d bloggers like this: