EC 725 AP helicopter from No. 10 Squadron were involved in the success of the Multiflooor Combat Exercise (Ex HUNGRY GHOST) which was coordinated by the Defence Special Forces Operations Division, MAF Headquarters located at Sg Besi Perdana Camp.
The training series for the Advance Action Group (KTP) from the Defence Special Forces Operations Division, MAF Headquarters includes tactical shooting and hostage rescue training using selected assets under the MAF is aimed at ensuring the level of efficiency and expertise of the unit. The exercise also aims to provide exposure to the actual situation during the operation and train members of the combat support team together with the assets that will be used in the actual operation, especially during the hostage rescue mission.
The involvement of the EC 725 AP crew from No. 10 Squadron led by Maj Mohd Asrul bin Junid RMAF also help to increase the competence and level of readiness of the crew as well as strengthen integrated efforts between RMAF and other MAF services.
Among the teams involved were a group of war dogs from PULADA and 2 x RPZ Condor 4×4 Twin 7.62mm GPMG armored vehicles from PULAMOR which mobilized strategic assets to carry out the planned operations.
#TUDMMampanRuangAngkasaAman
HELIKOPTER EC 725 AP DARI NO. 10 SKUADRON MEMBANTU MENJAYAKAN LATIHAN MULTIFLOOR COMBAT (EKS HUNGRY GHOST)
Pesawat helikopter EC 725 AP dari No. 10 Skuadron telah terlibat bagi menjayakan Latihan Multiflooor Combat (EKS HUNGRY GHOST) yang telah dikoordinasikan oleh Bahagian Operasi Pasukan Khas Pertahanan, Markas ATM bertempat di Kem Perdana Sg Besi.
Siri latihan bagi Kumpulan Tindakan Pendahuluan (KTP) dari Bahagian Operasi Pasukan Khas Pertahanan, Markas ATM ini merangkumi latihan menembak taktikal dan menyelamatkan tebusan menggunakan aset-aset terpilih di bawah ATM yang bertujuan untuk memastikan tahap kecekapan dan kepakaran setiap pegawai dan anggota yang terlibat berada di tahap yang terbaik. Latihan ini juga bertujuan memberikan pendedahan keadaan situasi sebenar semasa operasi dilaksanakan dan melatih anggota bersama tim bantuan tempur bersama aset-aset yang akan digunakan di dalam operasi sebenar terutamanya ketika misi menyelamatkan tebusan.
Penglibatan anak kapal pesawat EC 725 AP dari No 10 Skuadron yang diketuai oleh Mej Mohd Asrul bin Junid TUDM ini juga dapat membantu untuk meningkatkan kompetensi dan tahap kesiapsiagaan anak kapal sekaligus memperkukuh usaha bersepadu di antara TUDM dan perkhidmatan ATM yang lain.
Antara pasukan-pasukan yang terlibat adalah kumpulan anjing perang dari PULADA dan 2 x kenderaan perisai RPZ Condor 4×4 Twin 7.62mm GPMG dari PULAMOR yang mengaturgerak aset-aset strategik bagi melaksanakan operasi yang telah dirancang.
#TUDMMampanRuangAngkasaAman