PUTRAJAYA, 23 Nov 21 – ‘The Army’s Strategy, Development Concept and Challenges’, is a sharing of aspirations by the Chief of Army (COA), General Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, with students of the Armed Forces Defence College (MPAT) Series 41/2021 at PUSPAHANAS, Putrajaya, today.
For the record, the students of MPAT Series 41/2021, consisted of 63 officers, namely 32 officers of the Malaysian Army (TDM), 11 officers from the Royal Malaysian Navy (RMN), 11 officers of the Royal Malaysian Air Force (RMAF), a civilian officer from the Ministry of Defence as well as 8 overseas students (Brunei, Fiji, Indonesia, Philippines, Saudi Arabia, Singapore and the United States).
Among the essence of the lecture delivered by Tan Sri COA is the challenges that have been faced by TDM since its establishment in 1933. Starting with the involvement in the War Against Insurgency until the era of the Conventional War.
According to Tan Sri COA, TDM currently needs to focus on the New Generation War, also known as the Fifth Generation War. War in this era requires an ‘Objective Force’, which involves war physically and at the same time, also faces cyber threats.
Therefore, the action plan ‘The Army Plan 2 10 Plus 10’ which has matured, has been replaced with a new plan known as ‘Army 4NextG’.
The plan, which includes the TDM development framework for the period 2021-2050, is an important component in formulating TDM’s transformation strategy so that it can continue to grow and remain relevant according to the current state of the country as well as become a credible team in defending national sovereignty.
The conduct of such courses is in line with the Second Pillar of the 28th COA Supreme Order, namely “Organisational Integrity”, which includes strengthening professionalism in terms of knowledge, skills and attitudes of TDM staff in performing the tasks entrusted.
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia
#TonggakKedua
PTD BERKONGSI ASPIRASI BERSAMA PENUNTUT MPAT
PUTRAJAYA, 23 Nov 21 – ‘The Army’s Strategy, Development Concept and Challenges’, merupakan perkongsian aspirasi oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, bersama penuntut Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Siri 41/2021 di PUSPAHANAS, Putrajaya, pada hari ini.
Untuk rekod, penuntut MPAT Siri 41/2021, terdiri daripada 63 orang pegawai iaitu 32 pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM), 11 pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), 11 pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), seorang Pegawai Awam Kementerian Pertahanan serta 8 penuntut Luar Negara (Brunei, Fiji, Indonesia, Filipina, Arab Saudi, Singapura dan Amerika Syarikat).
Antara initipati syarahan yang disampaikan oleh Tan Sri PTD adalah merangkumi cabaran-cabaran yang telah dihadapi oleh TDM sejak penubuhannya pada 1933. Bermula dengan penglibatan di dalam Peperangan Menentang Insurgensi sehinggalah ke era Peperangan Konvensional.
Menurut Tan Sri PTD, TDM pada masa kini perlu memberikan penumpuan kepada Peperangan Generasi Baharu, yang juga dikenali sebagai Perang Generasi Kelima. Perang di dalam era ini memerlukan ‘Objective Force’, yang melibatkan peperangan secara fizikal dan pada masa yang sama, turut menghadapi ancaman siber.
Oleh itu, pelan tindakan ‘The Army Plan 2 10 Plus 10’ yang sudah melalui tempoh matang, telah digantikan dengan satu perancangan baru yang dikenali sebagai ‘Army 4NextG’.
Pelan yang merangkumi rangka pembangunan TDM bagi tempoh 2021-2050 ini merupakan komponen yang penting dalam penyusunan strategi transformasi TDM agar ia mampu untuk terus berkembang dan kekal relevan mengikut keadaan semasa negara sekaligus menjadi satu pasukan yang kredibel dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Pelaksanaan kursus sebegini adalah selari dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Keutuhan Organisasi”, yang merangkumi pengukuhan profesionalisme dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap warga TDM dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.