JAKARTA, 6 December 2021 – The Chief of Army (COA), General Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain paid a courtesy call on Indonesian Military Commander (Panglima TNI), General TNI Andika Perkasa at MABES TNI in conjunction with Tan Sri’s Working Visit to Indonesia.
This courtesy call focuses on strengthening the defence relationship between the Malaysian Army (TDM) and the Indonesian Military (TNI) in strengthening the commitment to protect national interests which is strengthened through regional cooperation between the two parties.
Apart from that, this courtesy call also aims to express congratulations to TNI General Andika Perkasa after he officially took over as the new TNI Commander on 17 November 2021.
Such a courtesy call is one of the bilateral relations programs between TDM and the Foreign Armed Forces. It is in line with the implementation of the Fourth Pillar of the 28th COA Supreme Order, namely “Strengthening Defence Relations”, which focuses on the strengthening of defence cooperation at the regional and international levels.
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia
#TonggakKeempat
KUNJUNGAN HORMAT KEPADA PANGLIMA TENTERA NASIONAL INDONESIA, KERJASAMA DUA HALA SERANTAU DIPERKUKUHKAN
JAKARTA, 6 Disember 2021 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah membuat Kunjungan Hormat kepada Panglima Tentera Nasional Indonesia (Panglima TNI), Jeneral TNI Andika Perkasa bertempat di MABES TNI bersempena Lawatan Kerja Tan Sri PTD ke Indonesia.
Kunjungan Hormat ini berfokuskan kepada pengukuhan hubungan pertahanan antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dalam memperkasakan komitmen melindungi kepentingan negara yang diperkukuhkan melalui kerjasama serantau di antara kedua-dua pihak.
Selain itu, Kunjungan Hormat ini juga bertujuan untuk menzahirkan ucapan tahniah kepada Jeneral TNI Andika Perkasa selepas beliau secara rasminya mengambil alih jawatan selaku Panglima TNI yang baharu pada 17 November 2021 yang lalu.
Kunjungan Hormat sebegini merupakan salah satu program hubungan dua hala di antara TDM bersama Angkatan Tentera Luar Negara. Ia adalah sejajar dengan pelaksanaan Tonggak Keempat Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Pengukuhan Hubungan Pertahanan”, yang memberikan penumpuan kepada aspek pengukuhan kerjasama pertahanan di peringkat serantau dan juga antarabangsa.