From Sound to Image Ops & Training Technology 20th December 202121st December 2021 LANGKAWI, Dec 20 – KD PERANTAU carried out an investigation on two shipwrecks located around the waters of Pulau Langkawi, Kedah while carrying out Hydrographic Instruction 8/21 from 26 Nov to 21 Dec. The Phocea yacht, which was involved in the fire on 18 Feb 21, was found at 06 ° 14 ‘15.29N 099 ° 45’ 35.10E (0.8 nautical miles west of Dayang Bunting Island) during the measurement. The damage from the fire caused the ship to sink completely on 19 Feb 2021 at 5.00 am. The shipwreck was found at a depth of 12 meters and the 3 main sails can still be seen from the surface of the water. Meanwhile, KM Reef Explorer is a Malaysian Ship (KM) registered under Port Klang. The shipwreck was found at 06 ° 13 ‘40.27N 099 ° 52’ 52.28E (1.15 nautical miles East of Tuba Island) at a depth of 7.5 meters with the main Mast pole still standing. The vessel is believed to have sunk on 31 March 2021 at 1.57 pm. As informed during the incident, all the ship’s crew had gone ashore to buy daily necessities and no casualties were reported. KD PERANTAU’s PLUTO Survey Boat was used as the main platform throughout the measurements carried out using the Norbit iWBMS Multi -Aur Echo Receiver (PGBA) measurement system. The raw data obtained during the subsequent measurements were edited using Caris HIPS and SIPS 11.3.19 software. Shipwreck investigation is one of the mandatory requirements for every hydrographic measurement apart from bathymetric data collection, tidal observations and updating of navigation charts aimed at channeling information to the maritime community in ensuring the safety of navigation. Source: KD PERANTAUArticle: Lt Muhammad Fitri bin Abdul Patah TLDMPhoto: Lt Muhamad Solihin bin Azahar TLDM ‘𝗙𝗥𝗢𝗠 𝗦𝗢𝗨𝗡𝗗 𝗧𝗢 𝗜𝗠𝗔𝗚𝗘’ : 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗥𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗞𝗠 𝗥𝗘𝗘𝗙 𝗘𝗫𝗣𝗟𝗢𝗥𝗘𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗣𝗔𝗟 𝗟𝗔𝗬𝗔𝗥 𝗣𝗛𝗢𝗖𝗘𝗔 𝗗𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗪𝗜 LANGKAWI, 20 Dis – KD PERANTAU melaksanakan penyiasatan terhadap dua buah karaman yang terletak di sekitar perairan Pulau Langkawi, Kedah semasa menjalankan Arahan Hidrografi 8/21 mulai 26 Nov hingga 21 Dis 21. Kapal Layar Phocea yang terlibat dalam kebakaran pada 18 Feb 21 yang lalu dijumpai di posisi 06° 14’ 15.29U 099° 45’ 35.10T (0.8 batu nautika Barat Pulau Dayang Bunting) semasa pengukuran dilaksanakan. Kerosakan daripada kebakaran tersebut menyebabkan kapal ini tidak mampu untuk berapung dan tenggelam sepenuhnya pada 19 Feb 2021 jam 5.00 pagi. Karaman ini ditemui pada kedalaman 12 meter dan 3 layar utama masih dapat dilihat dari atas permukaan air. Manakala KM Reef Explorer merupakan sebuah Kapal Malaysia (KM) yang didaftarkan di bawah Pelabuhan Klang. Karaman ini dijumpai di posisi 06° 13’ 40.27U 099° 52’ 52.28T (1.15 batu nautika Timur Pulau Tuba) pada kedalaman 7.5 meter dengan keadaan tiang Mast utama yang masih tegak berdiri. Karaman ini dipercayai tenggelam pada 31 Mac 2021 jam 1.57 petang. Dimaklumkan semasa kejadian, kesemua kru kapal telah turun ke darat untuk membeli barangan keperluan harian dan tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan. Bot Ukur PLUTO milik KD PERANTAU digunakan sebagai platform utama sepanjang pengukuran dilaksanakan dengan menggunakan sistem ukur Pemerum Gema Berbilang Aur (PGBA) Norbit iWBMS. Data mentah yang diperoleh sepanjang pengukuran seterusnya disunting dengan menggunakan perisian Caris HIPS and SIPS 11.3.19. Penyiasatan karaman merupakan salah satu keperluan mandatori bagi setiap pengukuran hidrografi selain daripada pengumpulan data batimetri, cerapan pasang surut dan pengemaskinian carta pelayaran bertujuan untuk penyaluran maklumat kepada komuniti maritim dalam menjamin keselamatan pelayaran. Sumber : KD PERANTAUArtikel : Lt Muhammad Fitri bin Abdul Patah TLDMFoto : Lt Muhamad Solihin bin Azahar TLDM Like this:Like Loading... Related