You are here
Home > Parade & Ceremony > Seven Senior RMAF Officers Promoted

Seven Senior RMAF Officers Promoted

KUALA LUMPUR, 17 May 22 – The Chief of Air Force, Gen Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan of the RMAF has completed the application of ranks to seven (7) Senior Officers of the RMAF held at Eagle Nest, Wisma Pertahanan.

Leading the list in this ceremony were Col Mohamad Fakhri bin Yahya RMAF who was promoted to Acting Brigadier General RMAF and held the position of Director of Materiel at RMAF HQ, Materiel Division and Col Muhd Aznor bin Hj Md Ghazali RMAF who was promoted to Acting Brigadier General RMAF and held  position as Chief of Staff of the Air Support Command Headquarters (MPBU).


PANGLIMA TENTERA UDARA MENYEMPURNAKAN PEMAKAIAN PANGKAT KEPADA TUJUH PEGAWAI KANAN TUDM

KUALA LUMPUR, 17 Mei 22 – Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada tujuh (7) Pegawai Kanan TUDM yang diadakan di Eagle Nest, Wisma Pertahanan.

Mendahului senarai dalam majlis ini ialah Kol Mohamad Fakhri bin Yahya TUDM yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Brigedier Jeneral TUDM dan memegang jawatan sebagai Pengarah Materiel di MTU-Bahagian Materiel dan Kol Muhd Aznor bin Hj Md Ghazali TUDM yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Brigedier Jeneral TUDM dan memegang jawatan sebagai Ketua Staf Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU).

Manakala lima (5) pegawai kanan berpangkat Lt Kol TUDM dinaikkan pangkat ke Pemangku Kolonel TUDM iaitu Lt Kol Suresh a/l Vijayaratnam TUDM memegang jawatan sebagai Pengarah Operasi dan Eksesais di MTU-Bahagian Operasi dan Strategi (BOS), Lt Kol Hisham bin Zakaria TUDM memegang jawatan sebagai AKS A4 Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), Lt Kol Ungku Suzaini bin Ungku Ahmad TUDM memegang jawatan sebagai Pegawai Eksekutif di Kolej Tentera Udara (KTU), Lt Kol Norizan binti Wahab TUDM memegang jawatan sebagai Pegawai Khas TUDM di Kementerian Kewangan Malaysia dan Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM pula memegang jawatan sebagai Pengarah Pengurusan di MTU-Bahagian Sumber Manusia (BSM).

Seluruh warga TUDM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pegawai kanan TUDM yang telah dinaikkan pangkat. Sesungguhnya kenaikan pangkat adalah atas usaha dan dedikasi yang ditunjukkan serta kepercayaan yang diberikan oleh pimpinan atasan kepada pegawai untuk terus berbakti di dalam perkhidmatan ATM amnya dan TUDM khasnya.

SentiasaDiAngkasaRaya

WargaUdara

Top
%d bloggers like this: