Kuala Lumpur, 18 May 2022 – A total of five senior Malaysian Army officers have been promoted from Col to Brig Gen, namely Col Romainor Mohamed who holds the position of Deputy Assistant Chief of Staff Inspector General of the Malaysian Armed Forces Headquarters (MAF HQ), Col Muzamil Hj Ali holds the position of Director-General of HeQ Army Development, Col Zahar Ariffin holds the position of Director-General of Planning, BSEP, MAF HQ.

Col Fazilah Ibrahim holds the position of Chief Engineer and Col Abd Razak Sipit holds the position of Director of Defence Intelligence Applications Division, Malaysian Space Agency.


KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain mengucapkan tahniah kepada pegawai yang dinaikkan pangkat serta berharap mereka dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan komited dan berintegriti demi meningkatkan kesiagaan dan kemampuan Tentera Darat (TD) secara berterusan.

“Untuk mencapai peningkatan kerjaya ini, saudara dan saudari mesti menunjukkan prestasi peningkatan perkhidmatan yang terbaik sebilang masa dalam memastikan TD sentiasa cemerlang dan terus relevan pada masa hadapan.

“Apa sahaja yang dilakukan pada hari ini pasti ada kesannya pada masa hadapan,” tegas PTD ketika ucapannya dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat di Wisma Perwira Tentera Darat pada 18 Mei 2022.

Tambahnya lagi, Peralihan Fasa Endemik Covid-19 pada 1 April 2022 telah membuka lembaran baharu kepada TD untuk bergerak lebih pantas dalam menjadikannya sebuah organisasi yang mampan dengan memanfaatkan segala kelonggaran yang telah diberikan agar memberi impak yang maksimum kepada organisasi.

Dalam masa yang sama, pemerkasaan dari segi mental dan pengukuhan spiritual serta pembangunan kerohanian perlu diperteguh dalam diri setiap anggota agar dapat memberi tumpuan terhadap pelaksanaan kerja dan tanggungjawab.

“Aspek kerohanian dan spiritual amat penting dalam menjadi pendinding kepada anggota agar terhindar daripada salah laku dan aktiviti-aktiviti menyalahi undang-undang yang menjerumuskan ke lembah kehinaan,” pesan PTD.

Terdahulu dari itu, PTD menyempurnakan acara pemakaian pangkat kepada 34 pegawai TD dan menganugerahkan Sayap Juruterbang kepada empat pegawai TD.

Mendahului senarai, seramai lima pegawai kanan TD telah dinaikkan pangkat dari Kol ke Brig Jen iaitu Kol Romainor Mohamed yang menjawat jawatan sebagai Timbalan Asisten Ketua Staf Inspektor Jeneral Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM), Kol Muzamil Hj Ali menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Pembangunan Markas Tentera Darat (MK TD), Kol Zahar Ariffin menjawat jawatan Ketua Pengarah Rancang MK ATM, Kol Fazilah Ibrahim yang menjawat jawatan Ketua Jurutera dan Kol Abd Razak Sipit menjawat jawatan Pengarah Bahagian Aplikasi Perisikan Pertahanan, Agensi Angkasa Malaysia.

Selain itu, lima pegawai kanan TD dinaikkan pangkat dari Lt Kol ke Kol manakala kenaikan pangkat dari Mej ke Lt Kol seramai 20 pegawai, manakala dua pegawai dinaikkan pangkat dari Kapt ke Mej dan seorang Pegawai Kadet berjaya ditauliahkan ke Lt M.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh dan Ketua Staf TD, Lt Jen Dato’ Hj Subari Hj Tomo.

Gambar: SSjn Shamsul Zaidi Zolkoffly dan Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

Published by P. Waran

A Warrant Officer with high seniority and extensive experience and knowledge.

Exit mobile version