MELAKA: A total of 8 officers and 194 members of other ranks from the unit under the 10th Malaysian Infantry Brigade (Para) (10 Bde (Para)) successfully completed the Rapid Deployment Force (APAC) Basic Course which was witnessed by the 10th Commander Bde (Para) Brig Gen Khairul Azmizal Ahmad Natal at Persisiran Pantai, Terendak Camp, Melaka on 15 Jul 22.
Among the activities held was a Combat Dynamic Demonstration with the concept of a 10 Bde (Para) movement.
Some events conducted were the Insertion by the reconnaissance team, attack using combat boats, performing a surprise attack (raid) on enemy positions and then performing extraction.
At the culmination of the event, the Commander of 10 Bde (Para) completed the pesentation of maroon beret and red wings as well as presented excellence awards to the students of the course.
The Best Perseverance Student was Pbt Mohamad Ikmal Hakim Mohd Roslan from HQ 10 Bde (Para), the Best Physical Student was Pbt Mohamad Nur Radzman Muhamad Munib from the Ninth Battalion of the Royal Malay Regiment (Para) (9 RMR (Para)) while The Best Overall Student was named Lt Redza Rodwan from the 9 RMR (Para).
At the end of the event, the symbolic handing over of the Pegasus flag between the commanding officer of 9 RMR (Para) to the commanding officer of 8 RRR (Para) as the organizer of the APAC course for the upcoming series.
The conduct of this ceremony is in line with the First, Second and Fifth Pillars of the 28th COA, namely Continuity of Mission and Vigilance, Strengthening Organizational Integrity and Improving Military-Civil Relations.
PENUTUP KURSUS ASAS PASUKAN ATURGERAK CEPAT (APAC) DEC SIRI 2/2022
MELAKA: Seramai 8 pegawai dan 194 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan bawah naungan Briged Ke-10 Infantri Malaysia (Para) (10 Bgd (Para)) berjaya menamatkan Kursus Asas Pasukan Aturgerak Cepat (APAC) yang disempurnakan oleh Panglima 10 Bgd (Para) Brig Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal di Persisiran Pantai, Kem Terendak, Melaka pada 15 Jul 22.
Antara aktiviti yang diadakan adalah pertunjukan Demonstrasi Dinamik Tempur berkonsepkan sebahagian aturgerak 10 Bgd (Para). Antara pengisian acara adalah Insertion oleh tim tinjau, serangan dengan menggunakan bot tempur, melaksanakan serangan mengejut (raid) ke atas kedudukan musuh dan seterusnya melaksanakan extraction.
Pada kemuncak acara, Panglima 10 Bgd (Para) telah menyempurnakan acara pemakaian beret merun dan sayap berdarah serta menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada penuntut kursus.
Penuntut Ketabahan Terbaik telah dinobatkan kepada Pbt Mohamad Ikmal Hakim Mohd Roslan dari MK 10 Bgd (Para), Penuntut Jasmani Terbaik dirangkul oleh Pbt Mohamad Nur Radzman Muhamad Munib dari pasukan Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) (9 RAMD (Para)) manakala Penuntut Keseluruhan Terbaik telah dinobatkan kepada Lt Redza Rodwan dari pasukan 9 RAMD (Para).
Akhir acara, simbolik penyerahan bendera Pegasus di antara pegawai memerintah 9 RAMD (Para) kepada pegawai memerintah 8 RRD (Para) selaku penganjur kursus APAC untuk siri yang akan datang. Pelaksanaan majlis ini adalah sejajar dengan Tonggak Pertama, Kedua dan Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi Dan Kesiagaan, Memperkasakan Keutuhan Organisasi dan Peningkatan Hubungan Tentera Dengan Awam.