MELAKA: Commander of the 10th Brigade (Para) (10 Bde (Para)), Brig Gen Khairul Azmizal Ahmad Natal received a Working Visit from the Commandant of the Malaysian Armed Forces Defence College (MPAT), Admiral Badarudin Taha and the Commandant of Malaysian Armed Forces Staff College (MTAT), Brig Gen Hj Semaon Hj Marjuki together with a delegation of students and lecturers on 5 Sep 2022.
This visit aims to give an overview and exposure of the Malaysian Armed Forces’ Quick Action Team (PAC) in helping MPAT and MTAT students carry out the Domestic Field Study (KMDN) and the MAF Operational Capability Study.
The briefing regarding 10 Bde (Para) to MPAT students was delivered by the Commander of 10 Bde (Para) before being shown with the 10 Bde (Para) Dynamic Capability Training at Dataran Parawood.
This capability briefing and training is in line with the Second Pillar of the 28th Army Commander’s Supreme Command which is Strengthening Organizational Integrity.
Also present, MPAT Deputy Commandant, Col. Idris A. Wahab, MPAT Senior Lecturer, Kept (R) Prof. Dato Dr. Zakaria Ahmad and Senior Staff Officer MK 10 Bde (Para).
- Headquarters 10 Brigade (Para)
LAWATAN DELEGASI MPAT SIRI 42/2022 DAN MTAT SIRI 51/2022 KE 10 BGD (PARA)
MELAKA: Panglima Briged Ke-10 (Para) (10 Bgd (Para)), Brig Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal menerima Lawatan Kerja daripada Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT), Laksamana Badarudin Taha dan Komandan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT), Brig Jen Hj Semaon Hj Marjuki berserta delegasi penuntut dan pensyarah masing-masing pada 5 Sep 2022.
Lawatan ini bertujuan memberi gambaran dan pendedahan mengenai Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membantu penuntut MPAT dan MTAT melaksanakan Kajian Medan Dalam Negara (KMDN) dan Kajian Keupayaan Operasi ATM.
Taklimat berkenaan 10 Bgd (Para) kepada penuntut MPAT telah disampaikan oleh Panglima 10 Bgd (Para) sebelum dipertontonkan dengan Latihan Keupayaan Dinamik 10 Bgd (Para) di Dataran Parawood.
Taklimat dan latihan keupayaan ini adalah seiring dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.
Turut hadir, Timbalan Komandan MPAT, Kol Idris A. Wahab, Pensyarah Kanan MPAT, Kept (K) Prof. Dato Dr. Zakaria Ahmad dan Pegawai Staf Kanan MK 10 Bgd (Para).
- Markas 10 Briged (Para)