You are here
Home > Human Capital > MAFDC Students Visit 10 Bde (Para) Headquarters

MAFDC Students Visit 10 Bde (Para) Headquarters

MELAKA: The Commander of 10 Bde (Para), Maj Gen Khairul Azmizal Ahmad Natal received a working visit from MAFDC Deputy Commandant, Col Nizam Che Ani RMAF along with a delegation of MAFDC students and lecturers on 21 August 2023.

This visit aims to give an overview and exposure of the Quick Reaction Team (PAC) – Malaysian Armed Forces (MAF) in helping MAFDC students carry out the Domestic Field Study (KMDN) and the MAF Operational Capability Study.

The briefing about 10 Bde (Para) to the MAFDC participants was delivered by the Commander of 10 Bde (Para) before being shown the Jumping Exercise and Static Exhibition of 10 Bde (Para) Weapons at Dataran Parawood.

This Capability Briefing and Training is in line with the Second Thrust of the Supreme Command of the 29th Chief of Army, which is the Strengthening of Organization and Human Capital.

Also present during this working visit was Head of Strategic Studies and International Relations, Col. Ahmad Hafizal Hj Hashim, Chief of Staff Defence/ Army Directing Staff, Col. Adam Bukhary Amzah, Navy Directing Staff, Kept Shahril Amir Mohd Mokhtar TLDM, Air Force Directing Staff , Col. Mohd Rasidi Muhammad, MAFDC Student, and Staff Officers from HQ 10 Bde (Para).


𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐊𝐓𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 (𝐌𝐏𝐀𝐓) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟒𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟑 𝐊𝐄 𝟏𝟎 𝐁𝐑𝐈𝐆𝐄𝐃 (𝐏𝐀𝐑𝐀)

MELAKA: Panglima 10 Bgd (Para), Mej Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal telah menerima lawatan kerja daripada Timbalan Komandan MPAT, Kol Nizam Che Ani TUDM beserta delegasi penuntut dan pensyarah MPAT pada 21 Ogos 2023.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi gambaran dan pendedahan mengenai Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membantu penuntut MPAT melaksanakan Kajian Medan dalam Negara (KMDN) dan Kajian Keupayaan Operasi ATM.

Taklimat berkenaan 10 Bgd (Para) kepada penuntut MPAT telah disampaikan oleh Panglima 10 Bgd (Para) sebelum dipertontonkan dengan Latihan Penerjunan dan Pameran Statik Persenjataan 10 Bgd (Para) di Dataran Parawood.

Taklimat dan Latihan Keupayaan ini adalah seiring dengan Teras Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-29 iaitu Pengukuhan Organisasi dan Modal Insan.

Turut hadir semasa lawatan kerja ini adalah Ketua Kajian Strategik dan Perhubungan Antarabangsa, Kol Ahmad Hafizal Hj Hashim, Ketua Staf Pertahanan/ Pengarah Staf Tentera Darat, Kol Adam Bukhary Amzah, Pengarah Staf Tentera Laut, Kept Shahril Amir Mohd Mokhtar TLDM, Pengarah Staf Tentera Udara, Kol Mohd Rasidi Muhammad, Penuntut MPAT, dan Pegawai Staf MK 10 Bgd (Para).

Top
%d bloggers like this: