PUTRAJAYA, 14 November 2022 – The Chief of Army, General Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain has been awarded as a 15th Member of the MAF Staff College (MTAT) which was presented by the Chief of Defence Force, General Tan Sri Dato’ Sri Affendi bin Buang RMAF in the MTAT Hall of Fame Announcing Ceremony at the National Resilience Center today.
The MTAT Hall of Fame, established in 2004, is a platform to give prestigious recognition to distinguished officers who have achieved the highest merit in their respective services or who have held positions of equivalent rank or responsibility in other organizations.
General Tan Sri Dato’ Seri Zamrose has served the Malaysian Army for more than forty one years. He was promoted to General and assumed the post of 28th Army Commander on 11 June 2020 for his exceptional leadership, service and dedication. He is also an alumni of MTAT, having graduated with the 1996 cohort.
General Tan Sri Dato’ Seri Zamrose in his speech expressed his infinite gratitude to the college, commandant, course mates, who have made his year here the best of his life. This college is the best place for all of us to learn to understand world events with all the valuable knowledge and experience that can be gained throughout the course here to improve ourselves in every way to become an excellent military officer.
The announcement ceremony was hosted by MTAT Commander, Brigadier General Dato’ Hj. Semaon bin Hj. Marjuki, and also witnessed by Members of the Board of Governors, Chief of Navy, Admiral Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany, Chief of Air Force, General Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan RMAF, Senior Officers as well as participants in the Malaysian Command and Staff Course Series 51/2022.
#MalaysianArmy
#GahhLoyal
#MTAT
PANGLIMA TENTERA DARAT DIANUGERAHKAN AHLI HALL OF FAME KE-15 MAKTAB TURUS ANGKATAN TENTERA
PUTRAJAYA, 14 November 2022 – Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah dianugerahkan sebagai Ahli Hall Of Fame Ke-15 Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM dalam Majlis Pemasyhuran Hall of Fame MTAT di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional hari ini.
Hall of Fame MTAT yang ditubuhkan pada tahun 2004 merupakan platform untuk memberi pengiktirafan yang berprestij kepada pegawai terbilang yang telah mencapai merit jawatan tertinggi dalam perkhidmatan masing-masing atau yang pernah memegang jawatan yang setara dengan pangkat atau tanggungjawab dalam organisasi lain.
Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose telah berkhidmat dengan Tentera Darat Malaysia selama lebih daripada empat puluh satu tahun. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Jeneral dan memegang jawatan sebagai Panglima Tentera Darat Ke-28 pada 11 Jun 2020 atas kepimpinan, perkhidmatan dan dedikasinya yang luar biasa. Beliau juga merupakan alumni MTAT, setelah lulus dengan kohort tahun 1996.
Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak kolej, komandan, rakan kursus, yang telah menjadikan tahun beliau di sini yang terbaik dalam hidup beliau. Kolej ini adalah tempat terbaik untuk kita semua belajar memahami peristiwa dunia dengan semua pengetahuan dan pengalaman berharga yang boleh diperolehi sepanjang kursus di sini untuk meningkatkan diri dalam setiap cara untuk menjadi seorang pegawai tentera yang cemerlang.
Majlis pemasyhuran ini telah dihoskan oleh Komandan MTAT, Brigedier Jeneral Dato’ Hj. Semaon bin Hj. Marjuki, dan turut disaksikan oleh Ahli Lembaga Maktab (Board of Governors), Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Pegawai-Pegawai Kanan serta peserta Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia Siri 51/2022.