ANKARA, 14 December 2022 – The Chief of Army (COA), General Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain attended the Rectification Session of the Armored Vehicle (KP) 4 x 4 Armored Personnel Carrier (APC) for the use of MALBATT 850 at Nurol Makina ve Sanayi US, Ankara.
After completing the verification of rectification, the COA also completed the commissioning session of the First Unit Vehicle (FUV) 4 x 4 APC before the company continued to manufacture vehicles for the Army at Nurol Makina ve Sanayi US Manufacturing and Production Complex, Ankara.
To express the sense of pride among the Army in operating the KP, the KP 4×4 APC has been branded with the name KP 4×4 PANTHERA. The name PANTHERA or its scientific name PANTHERA PARDUS was chosen because this animal can adapt well in various habitats around the world and is an intelligent predator according to this KP that can be maneuvered in all conditions.
The acquisition of such vehicle assets can further increase the level of alertness of MALBATT, which is tasked with strengthening the defense cooperation relationship between Malaysia and Turkey which is in line with the Fourth Pillar of the 28th COA Supreme Command, “Strengthening Defense Relations” which focuses on bilateral regional and international cooperation.
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia
#TonggakKeempat
MALBATT 850 BAKAL DILENGKAPI ASET KENDERAAN PERISAI 4X4 PANTHERA
ANKARA, 14 Disember 2022 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menghadiri Sesi Pengesahan Rektifikasi Kenderaan Perisai (KP) 4 x 4 Armoured Personnel Carrier (APC) untuk kegunaan MALBATT 850 di Nurol Makina ve Sanayi A.S, Ankara.
Setelah selesai pengesahan rektifikasi, PTD turut menyempurnakan sesi mentauliahkan First Unit Vehicle (FUV) 4 x 4 APC tersebut sebelum syarikat meneruskan pembikinan kenderaan untuk Tentera Darat di Kompleks Pengilangan dan Pengeluaran Nurol Makina ve Sanayi A.S, Ankara.
Bagi menzahirkan rasa bangga dikalangan warga Tentera Darat dalam mengoperasikan KP tersebut, KP 4×4 APC telah dijenamakan dengan nama KP 4×4 PANTHERA. Nama PANTHERA atau nama saintifiknya PANTHERA PARDUS dipilih kerana haiwan ini dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam pelbagai habitat di seluruh dunia dan merupakan pemangsa yang pintar sesuai dengan KP ini yang boleh diaturgerak dalam semua keadaan.
Perolehan aset kenderaan sebegini dapat meningkatkan lagi tahap kesiagaan ketumbukan MALBATT yang bertugas sekaligus mengukuhkan hubungan kerjasama pertahanan di antara Malaysia dan Turkiye yang seiring dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung PTD Ke-28, “Pengukuhan Hubungan Pertahanan” yang menumpukan kepada kerjasama dua hala serantau dan antarabangsa.