NEGERI SEMBILAN, April 18, 2023 – The Chief of Army (COA), General Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman and his wife, Datin Seri Ramlah binti Dawi held a visit to the Army Training and Doctrine Command Headquarters (PLDTD), Port Dickson today.
In the same event, COA officiated the Promotion Ceremony which saw Major General Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim promoted to the rank of Lieutenant General while Brigadier General Datuk Marzuki bin Haji Mokhtar was promoted to the rank of Major General.
COA then witnessed the Handover Ceremony of the Army Training Commander between Lieutenant General Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim and Major General Datuk Marzuki bin Haji Mokhtar.
Also present to accompany COA on this Grand Visit was the Assistant Chief of Staff Human Resources of the Army Headquarters, Major General Azhan bin Haji Md Othman.
LAWATAN ULUNG PANGLIMA TENTERA DARAT KE MARKAS PEMERINTAHAN LATIHAN DAN DOKTRIN TENTERA DARAT
NEGERI SEMBILAN, 18 April 2023 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman dan isteri, Datin Seri Ramlah binti Dawi selaku Pengerusi Jemaah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat telah mengadakan Lawatan Ulung ke Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD), Port Dickson hari ini.
Ketibaan PTD disambut oleh Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim dan diberi penghormatan untuk memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada pasukan-pasukan di bawah formasi PLDTD. PTD kemudiannya telah ditaklimatkan mengenai organisasi dan pentadbiran PLDTD.
Dalam acara yang sama, PTD telah menyempurnakan Acara Pemakaian Pangkat yang menyaksikan Mejar Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral manakala Brigedier Jeneral Datuk Marzuki bin Haji Mokhtar dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral. PTD kemudiannya telah menyaksikan Acara Serah Terima Tugas Panglima Latihan Tentera Darat di antara Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim dan Mejar Jeneral Datuk Marzuki bin Haji Mokhtar.
Turut hadir mengiringi PTD dalam Lawatan Ulung ini adalah Asisten Ketua Staf Sumber Manusia (AKS SM) Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Azhan bin Haji Md Othman.