You are here
Home > Human Capital > Congratulations and Thank You 29th Army Chief

Congratulations and Thank You 29th Army Chief

KUALA LUMPUR, 5 September 2023 – After almost 6 months at the helm of the Malaysian Army (TDM), the Chief of Army (COA), General Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman will be appointed as the 22nd Chief of Defence Force. As a symbol of gratitude from the citizens of Gagah Setia to the 29th COA, a 29th Army Commander’s Appreciation Parade Ceremony was held at the Army Commander’s Square, Camp Perdana Sungai Besi today.

The parade consists of 12 Detachments with a strength of 46 officers and 1,110 Other Ranks members led by Lieutenant Colonel Mohd Azroi bin Ariffin Shah – Commanding Officer of the 23rd Battalion of the Royal Malay Regiment (RAMD) with 7 Ensigns – The regiments and corps in the Malaysian Army are the Ensigns of the Royal Malay Regiment, Royal Ranger Regiment, Royal Armor Corps, Royal Signals Regiment, Royal Engineer Regiment, Royal Artillery Regiment and Royal Service Corps.

General Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman was commissioned on 1 July 1987 into the RMR Corps and has been trusted to hold various command and staff positions throughout his service in the Malaysian Armed Forces in general and TDM in particular. Among the positions he holds are Assistant Chief of Staff for Planning and Development of the Army Headquarters, Commander of the Third Infantry Division, Commander of the Army Training, Commander of the Army’s Western Field and 25th Deputy COA before being appointed as the 29th COA on March 22, 2023 .

General Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman will hand over the duties of COA to the Deputy Army Chief, Lieutenant General Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan who will be appointed as the 30th COA on 6 September 2023 before taking over the leadership of the MAF.

COA in his speech said that a change in leadership is a normal thing in an organization. This matter should happen smoothly without bringing any problems that could disturb the stability of this beloved organization and call on all to close ranks, serve as a fist, with unwavering loyalty to the new leadership line later.

The event ended with a Luncheon in conjunction with the Army Appreciation Parade Ceremony for the Army Commander at Dato’ Jamil Ahmad Camp Perdana Sungai Besi. All TDM citizens congratulate and thank the 29th COA.

Also present at this parade event are the Deputy COA; Lieutenant General Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Army Western Field Commander, Lieutenant General Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim; Army Eastern Field Commander, Lieutenant General Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi; Army Chief of Staff, Lieutenant General Dato’ Zaidan bin Atan and a line of Senior Officers, officers and LLP from around the Klang Valley area.


‘TAHNIAH DAN TERIMA KASIH BUAT PTD KE-29’

KUALA LUMPUR, 5 September 2023 – Setelah hampir 6 bulan menerajui ketumbukan Tentera Darat Malaysia (TDM), Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman akan dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-22 . Sebagai simbol penghargaan terima kasih warga Gagah Setia kepada PTD Ke-29, satu Istiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Darat Ke-29 telah diadakan bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi hari ini.

Perbarisan terdiri daripada 12 Detasmen berkekuatan seramai 46 pegawai dan 1,110 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Azroi bin Ariffin Shah – Pegawai Memerintah Batalion Ke -23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dengan turut melibatkan 7 Panji – Panji Rejimen dan Kor di dalam Tentera Darat Malaysia iaitu Panji – Panji Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Rejimen Semboyan Diraja, Rejimen Askar Jurutera Diraja, Rejimen Artileri Diraja dan Kor Perkhidmatan Diraja.

Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman telah ditauliahkan pada 1 Julai 1987 ke dalam Kor RAMD dan telah diberi kepercayaan memegang pelbagai jawatan pemerintah dan staf sepanjang perkhidmatan di dalam Angkatan Tentera Malaysia amnya dan TDM khasnya. Antara jawatan yang beliau sandang adalah Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan Markas Tentera Darat, Panglima Divisyen Ketiga Infantri, Panglima Latihan Tentera Darat, Panglima Medan Barat Tentera Darat dan Timbalan Panglima Tentera Darat Ke-25 sebelum dilantik sebagai PTD Ke-29 pada 22 Mac 2023.

Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman akan menyerahkan tugas Panglima Tentera Darat kepada Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan yang akan dilantik sebagai PTD Ke-30 pada 6 September 2023 sebelum mengambil alih tampuk kepimpinan ATM.

PTD dalam ucapannya berkata, perubahan pucuk pimpinan adalah suatu perkara yang lumrah dalam sesebuah organisasi. Perkara ini seharusnya berlaku dengan lancar tanpa membawa sebarang permasalahan yang boleh mengganggu gugat kestabilan organisai yang disayangi ini dan menyeru kepada semua untuk merapatkan barisan, berkhidmat sebagai sebuah ketumbukan, dengan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada baris kepimpinan yang baharu nanti.

Acara diakhiri dengan Majlis Jamuan Makan Tengah Hari sempena Istiadat Perbarisan Penghargaan Tentera Darat kepada Panglima Tentera Darat di Dewan Dato’ Jamil Ahmad Kem Perdana Sungai Besi. Seluruh warga TDM mengucapkan sekalung Tahniah dan terima kasih kepada PTD Ke-29.

Turut hadir ke acara perbarisan ini adalah Timbalan Panglima Tentera Darat; Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Medan Tentera Darat; Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima Medan Timur Tentera Darat; Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat; Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan bin Atan dan barisan Pegawai Kanan, pegawai-pengawai serta anggota LLP dari sekitar kawasan Lembah Klang.

Top
%d bloggers like this: