You are here
Home > Defence Relations > Malaysian Army Eastern Field Commander Strengthens Bilateral Ties with Indonesian Military in Balikpapan

Malaysian Army Eastern Field Commander Strengthens Bilateral Ties with Indonesian Military in Balikpapan

Balikpapan, Indonesia – Commander of the Army Eastern Field Commander, Lieutenant General Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, conducted a Working Visit to Balikpapan, Indonesia, from December 6 to 10, 2023, aimed at strengthening bilateral relations and cooperation between the Army Eastern Field Command (PMTTD) and the Joint Defense Territorial Command II and the VI Mulawarman Military Regional Command.

The visit commenced with a dinner reception honoring the Eastern Field Army Commander and his spouse, along with the Army Operations Planning Team, hosted by the Malaysian Army Liaison Office in Balikpapan at the Coral Princess Restaurant. Major General TNI Tri Budi Utomo, Commander of the VI Mulawarman Military Regional Command, and his delegation from the Indonesian National Armed Forces (TNI) were also in attendance.

The visit’s agenda continued with a meeting between the Army Eastern Field Commander and the VI Mulawarman Military Regional Command on December 7, 2023, at the VI Mulawarman Military Regional Command Headquarters. Major General Datuk Malik Razak bin Sulaiman, Commander of the 5th Division, was also present. During this meeting, both parties discussed upcoming collaborations, including joint exercises and reciprocal visits between the 5th Division and the VI Mulawarman Military Regional Command, as well as matters related to the security of the Sabah-East Kalimantan border.


On December 8, 2023, the Army Eastern Field Commander and the delegation visited the planned capital of Indonesia, the National Capital of Nusantara (IKN), which is still under construction. The delegation visited significant locations in IKN, including the Nol Nusantara point and the Nusantara City Observation Tower, to gain insights into the ongoing developments in the area. The delegation was briefed on the construction progress by Ronald Togatorop, the Project Manager of IKN.

The working visit concluded with a visit to the Malaysian Embassy in Jakarta. The Eastern Field Army Commander and the delegation were welcomed by Brigadier General Azrin Iskandar bin Zulkaply, the Defense Advisor of Malaysia in Jakarta. Overall, this working visit successfully achieved its objectives in line with the Fifth Core of the Army Commander’s Operational Concept, which focuses on Defense Diplomacy.

#TeguhSiaga


π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔 π—£π—”π—‘π—šπ—Ÿπ—œπ— π—” π— π—˜π——π—”π—‘ π—§π—œπ— π—¨π—₯ π—§π—˜π—‘π—§π—˜π—₯𝗔 𝗗𝗔π—₯𝗔𝗧 π—žπ—˜ π—•π—”π—Ÿπ—œπ—žπ—£π—”π—£π—”π—‘, π—œπ—‘π——π—’π—‘π—˜π—¦π—œπ—”

Balikpapan, Indonesia – Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Lt Jen Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi telah melaksanakan Lawatan Kerja ke Balikpapan, Indonesia bermula 6 hingga 10 Disember 2023 bagi memperkukuhkan hubungan bilateral dan kerjasama di antara Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) dengan Komando Gabungan Wilayah Pertahanan II dan Komando Daerah Militer VI Mulawarman.

Lawatan dimulakan dengan majlis makan malam meraikan PMT TD dan isteri serta Tim Perancang Operasi Tentera Darat (TPOD) yang dianjurkan di Restoran Coral Princess, Balikpapan oleh Pejabat Perhubungan Tentera Malaysia, Balikpapan. Turut dijemput adalah Mayor Jenderal TNI Tri Budi Utomo PANGDAM VI Mulawarman dan isteri serta delegasi dari TNI.

Program lawatan diteruskan dengan sesi perjumpaan PMT TD dengan PANGDAM VI Mulawarman di Markas KODAM VI Mulawarman pada 7 Disember 2023. Turut hadir adalah Mej Jen Datuk Malik Razak bin Sulaiman, Panglima 5 Divisyen. Dalam sesi perjumpaan ini, kedua-dua pihak telah membincangkan kerjasama yang akan dilaksanakan termasuklah dari segi latihan bersama dan lawatan timbal balas di antara 5 Divisyen dan KODAM VI Mulawarman serta perkara-perkara melibatkan keselamatan persempadanan Sabah – Kalimantan Timur (KALTIM).

Pada 8 Disember 2023, PMT TD dan delegasi telah mengadakan lawatan ke Ibu Kota Nusantara (IKN) yang masih di dalam pembinaan. Antara lokasi yang dilawati di IKN adalah di titik Nol Nusantara dan Menara Pemerhatian Kota Nusantara bagi melihat dengan lebih jelas pembangunan yang sedang dilaksanakan di kawasan tersebut. PMT TD dan delegasi juga telah ditaklimatkan mengenai status prestasi kerja-kerja pembinaan oleh Ronald Togatorop, Pengurus Projek IKN.

Lawatan Kerja PMT TD telah diakhiri dengan lawatan ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. PMT TD dan delegasi telah disambut oleh Brig Jen Azrin Iskandar bin Zulkaply, Penasihat Pertahanan Malaysia di Jakarta. Secara keseluruhan, lawatan kerja ini telah mencapai objektifnya sejajar dengan Teras Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu Anjakan Diplomasi Pertahanan.

TeguhSiaga

Top
%d bloggers like this: