You are here
Home > Ops & Training > 2 Royal Ranger Regiment Conducts Exercise Satria Berani

2 Royal Ranger Regiment Conducts Exercise Satria Berani

2 Royal Ranger Regiment conducted Ex Satria Berani 2/2019 at the Army Warfare Centre at Syed Sirajudin Camp from 16 to 23 Aug 2019.

The exercise participants comprises of personnel from 2 RRR, HQ 2 Bde, 4 Div, HQ Training, and troops from the Artillery, Armour and Engineer Regiments.

The exercise also involved Hands on and exposure to the Battle Tech IV System.


Eks Satria Berani Uji Kesiapsiagaan dan Kecekapan 2 RRD

NEGERI SEMBILAN: Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) telah melaksanakan Eks Satria Berani 2 RRD Siri 2/2019 di Pusat Olah Perang Tentera Darat (POP TD), Kem Syed Sirajudin bermula 16 hingga 23 Ogos 2019.

Upacara pembukaan dirasmikan oleh Ketua Staf 2 Bgd, Lt Kol Mior Rasidi Mohamad Idris mewakili Panglima 2 Bgd.

Eks ini melibatkan 49 pegawai dan 99 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan 2 RRD, MK 2 Bgd, 4 Div, Mk Latihan, pasukan Rejimen Artileri, Armor dan Jurutera di mana eksesais ini bertujuan untuk menilai tahap keupayaan pasukan dalam merancang tindakan dalam situasi peperangan.

Eks ini bermula dengan kelas Hands On bagi memberi pendedahan kepada peserta untuk menggunakan sistem Battle Tek IV dan diteruskan dengan CPX.

Selain taktik, teknik dan prosedur peperangan, turut diuji adalah dari segi perancangan dan pelaksanaan dari aspek logistik, perubatan, komunikasi, rancangan tembakan dan perkiraan persekitaran kawasan operasi serta musuh yang dihadapi.

Eks diakhiri dengan fasa serangan oleh batalion ke atas pertahanan musuh dan eks diteruskan dengan After Action Review (AAR).

Upacara penutup disempurnakan oleh KS MK 2 Bgd dimulakan dengan menanggalkan toha kepada Ketua Pelaku Biru, Lt Kol Mohd Khairi Amri, Ketua Pelaku Merah, Mej Mohd Farid Mohd Rawi, Excon, Mej Mohd Nasirudin Ismail, Evaluasi, Mej Mazli Mohd Termizi, Hicon, Mej Azizan Marzuki dan diakhiri dengan ucapan penutup.

Dalam ucapan Ketua Staf 2 Bgd, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelaku dan staf pengendali yang terlibat kerana telah memberi komitmen sepenuhnya sepanjang eksesais dilaksanakan.

Kelemahan dan teguran yang telah dikenalpasti sepanjang eks perlu diperbaiki dan akan dibuat penambahbaikan serta Peluang dan ruang yang ada perlu digunakan sebaik mungkin.

Turut hadir Ketua Cawangan Gerak POP TD, Lt Kol Mahadi Pungot dan wakil Pengarah POP TD, Kol Abdul Razak Hussain.

Oleh: 2 Bde Intelligence Branch
Gambar: Pbt Mohammad Aizuddin Wahab


  If you like my post, why not buy me a coffee (PayPal)

Top