You are here
Home > MY ATM > Inspection Visit to KD Selangor and KD Tun Razak

Inspection Visit to KD Selangor and KD Tun Razak

Defence Minister Khaled Nordin: – During a visit to the Royal Malaysian Navy (TLDM) base in Kota Kinabalu, Sabah, I had the opportunity to observe the operations of KD Selangor, an Offshore Patrol Vessel (OPV) in the South China Sea. My arrival was accompanied by the Secretary General of the Ministry of Defence and the Eastern Fleet Commander, warmly welcomed by the 92-member crew of KD Selangor.

Additionally, I inspected KD Tun Razak, a Scorpene-class submarine acquired from France and commissioned in 2009. During this visit, I received a comprehensive briefing on the submarine’s capabilities and experienced a dive to its maximum operational depth, reaffirming the vessel’s operational efficiency and readiness.

This journey underscored the expertise and competence of our submarine crews, a direct result of the submarine procurement initiative. The KD Tun Razak and similar assets symbolize TLDM’s modernization journey, enhancing Malaysia’s image as a nation with a formidable and respected naval force.

I am committed to continuing support for the modernisation and strategic empowerment of military assets to safeguard Malaysia’s sovereignty.


Dalam rangka lawatan ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah, saya telah meninjau operasi KD Selangor di Laut China Selatan.

Ketibaan ke Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) ini turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima Armada Timur dan disambut oleh 92 orang anak kapal KD Selangor.

Selain itu, saya juga berkesempatan melihat sendiri pelaksanaan operasi KD Tun Razak yang mana merupakan salah satu kapal selam milik TLDM.

Kapal selam Scorpene ini telah diperoleh dari negara Perancis dan ditauliahkan pada 2009.

Semasa lawatan ini, saya bukan sahaja ditaklimatkan dengan kemampuan KD Tun Razak, malah diberi peluang menyelam pada kedalaman operasi maksimum.

Pengalaman ini sekaligus membuktikan keupayaan kapal selam negara beroperasi dengan baik dan berkesan.

Pelayaran ini telah disertai oleh anak-anak kapal yang mahir dan kompeten yang mana dilahirkan melalui projek perolehan kapal selam ini.

Saya pasti kapal selam ini bukan sahaja melambangkan pemodenan Armada TLDM, malah penting dalam membina imej Malaysia sebagai negara yang memiliki angkatan laut yang dihormati dan digeruni.

Saya berikrar untuk terus memberi komitmen terhadap usaha pemodenan dan pemerkasaan aset-aset ketenteraan strategik demi mempertahankan kedaulatan Malaysia.

khalednordinmindef

Top