JAKARTA, 6 December 2024 – General Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Chief of the Royal Malaysian Air Force (RMAF), received a resounding welcome during the Senior Officer Bilateral Engagement (SOBE) programme between the Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) and RMAF. The programme, held from 5–6 December 2024 in Jakarta, underscores the strong partnership between the two air forces.
During the visit, General Mohd Asghar was awarded the Bintang Swa Bhuwana Paksa Utama and the TNI-AU Honorary Aviation Wings by Marshal TNI M. Tonny Harjono, Chief of Staff of the Indonesian Air Force (KASAU). This prestigious recognition celebrates his contributions to strengthening bilateral ties and collaboration between the air forces of Malaysia and Indonesia.
The visit also saw the signing of a “Terms of Reference” document for an exchange programme involving the Flying Instructor Course. This initiative is expected to enhance training capabilities for both air forces.
General Mohd Asghar reciprocated the gesture by awarding RMAF Honorary Aviation Wings to senior officers of TNI-AU, further cementing the bond between the two nations.
The delegation was treated to a formal dinner hosted by KASAU at Griya Ardhya Garini, fostering camaraderie and strategic discussions. The visit concluded with a friendly pistol shooting competition at Lapang Sasar Djamsuri Wingko I Kopasgat, symbolizing the spirit of cooperation and goodwill between the air forces.
General Mohd Asghar extended an invitation to KASAU and his delegation to attend the Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA 25) in May 2025, further strengthening ties and collaboration in the region.
𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐖𝐀 𝐁𝐇𝐔𝐖𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐀𝐊𝐒𝐀 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐘𝐀𝐏 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐓𝐍𝐈-𝐀𝐔
JAKARTA, 6 Disember 2024 – Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah diberikan sambutan yang luar biasa dan amat mengagumkan ketika mengikuti Program Senior Officer Bilateral Engagement (SOBE) antara Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI-AU) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlangsung dari 5 hingga 6 Disember 2024 di Jakarta, Indonesia.
Kehadiran PTU dan delegasi ke Indonesia ini mencerminkan persahabatan kukuh yang terjalin sekian lama serta komitmen TUDM dalam memperkuatkan hubungan strategik serta kerjasama erat dengan TNI-AU demi memastikan kestabilan dan keamanan dirantau ini terus terpelihara.
Sebaik tiba di Jakarta, PTU telah mengadakan kunjungan hormat kepada rakan sejawatnya Marsekal TNI M. Tonny Harjono, Kepala Staf Angkatan Udara (KASAU) di Markas Besar Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (MABESAU). Kehadiran PTU telah disambut dengan kawalan kehormatan dari TNI-AU dan seterusnya menandatangani buku lawatan di Ruang Hening Gedung Pimpinan diiringi oleh KASAU.
Kunjungan ini menjadi peristiwa bersejarah buat TUDM yang menyaksikan PTU diberi penghormatan tertinggi oleh TNI-AU dengan dianugerahkan Bintang Swa Bhuwana Paksa Utama dan Sayap Penerbangan Kehormat yang disempurnakan oleh KASAU.
Penghormatan tertinggi ini adalah sebagai pengiktirafan kepada sumbangan, komitmen dan jasa Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dalam mengeratkan hubungan kerjasama serta bilateral antara TUDM dan TNI-AU sepanjang memegang tampuk pemerintahan .
Pada kesempatan yang sama, KASAU turut menganugerahkan Sayap Penerbangan Kehormat TNI-AU kepada 5 Pegawai Kanan TUDM terdiri daripada Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM; Panglima Pendidikan & Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mejar Jeneral Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM; Panglima Wilayah Udara 2, Mejar Jeneral Akhmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM dan Inspektor Jeneral Tentera Udara (IJTU), Mejar Jeneral Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM.
Sebagai timbal balas, PTU juga menganugerahkan Sayap Penerbangan Kehormat TUDM kepada Pegawai Kanan TNI-AU terdiri daripada Wakil Kepala Staf TNI-AU (WAKASAU), Marsdya TNI Andyawan Martono Putra; Panglima Komando Operasi Udara Nasional (KOOPSUDNAS), Marsdya TNI Ir. Tedi Rizalihadi S.; Komandan Komando Pembinaan Doktrin, Pendidikan dan Latihan Udara (KODIKLATAU), Marsdya TNI Dr. Arif Mustofa; Inspektur Jenderal TNI Angkatan Udara (IRJENAU) Marsda TNI Jemi Trisonjaya dan Koordinator Staf Ahli Kepala Staf Angkatan Udara (KOORSAHLI KASAU) Marsda TNI M. Fadjar Sumariadji.
Semasa kunjungan hormat ini juga turut menyaksikan termeterainya dokumen “Terms of Reference” bagi program pertukaran pegawai untuk “Flying Instructor Course” antara TUDM dan TNI-AU. Inisiatif ini memberi manfaat kepada TUDM serta TNI-AU dalam meningkatkan keupayaan latihan Jurulatih Penerbangan antara kedua-dua angkatan udara.
Pada sebelah malamnya, PTU dan delegasi telah diraikan di Majlis Makan Malam Rasmi yang penuh gilang – gemilang dianjurkan oleh KASAU di Griya Ardhya Garini, Lanud Halim Perdanakusuma, Jakarta Timur. Kemesraan dan semangat setia kawan jelas terbukti dengan kehadiran pegawai kanan terpenting kedua – dua angkatan udara ini untuk saling bertukar-tukar pandangan serta berkongsi pengalaman masing – masing secara lebih dekat.
PTU semasa ucapan di majlis makan malam tersebut, menzahirkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada KASAU serta warga TNI-AU di atas sambutan luar biasa dan penghormatan yang diberikan kepada beliau. Mengakhiri ucapan, beliau turut menekankan komitmen TUDM untuk terus mengukuhkan hubungan bilateral dengan TNI-AU demi manfaat bersama dan keselamatan antara kedua-dua negara. PTU juga turut mengundang KASAU serta delegasi ke Pameran LIMA 25 yang akan berlangsung mulai 20 – 24 Mei 25 di Langkawi, Malaysia.
Penutup kepada Program SOBE, PTU dan delegasi TUDM telah mengikuti pertandingan menembak pistol persahabatan bersama Pegawai Kanan TNI-AU yang dilaksanakan di Lapang Sasar Djamsuri Wingko I Kopasgat. Acara tersebut telah diakhiri dengan penyampaian hadiah serta pertukaran cenderamata antara Panglima Tentera Udara dan Kepala Staf Angkatan Udara.