Official Visit by President of the Republic of Poland to the 2nd Royal Armoured Corps Regiment, Port Dickson Defence Relations 10th June 202510th June 2025 PORT DICKSON, Malaysia – The 2nd Regiment of the Royal Armoured Corps (2 KAD) welcomed an official visit by the President of the Republic of Poland, His Excellency Mr Andrzej Duda, at Kem Sunggala, Port Dickson, Negeri Sembilan. The visit, held in conjunction with the ASEAN Summit 2025, aimed to strengthen military ties between Malaysia and Poland. Deputy Chief of the Malaysian Army, Lieutenant General Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, who is currently acting as the Chief of Army, was present to receive President Duda and his delegation. During the visit, His Excellency was briefed on the role, capabilities, and organisational structure of 2 KAD. The session paved the way for potential collaboration in training exchanges, technology transfer, and joint development of defence assets. This high-level engagement reflects the professionalism and readiness of the Malaysian Army and signals an opportunity for broader cooperation in the defence industry, including maintenance, logistics, and co-production of strategic military assets. Malaysia and Poland already share a strong defence relationship, evidenced by the procurement of PT-91M Pendekar main battle tanks by the Malaysian Armed Forces (MAF), enhancing mobility and firepower across land operations. Additionally, the FlyEye Unmanned Aerial System (UAS) from Poland contributes to the MAF’s strategic advantage in intelligence and battlefield surveillance. Also present were Poland’s Ambassador to Malaysia, Mr Krzysztof Dobrowolski, and senior officers of the Malaysian Army. The visit is regarded as a significant honour for the MAF and aligns with the Ministry of Defence’s vision to foster a resilient and sustainable defence ecosystem through international cooperation. 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐞𝐩𝐮𝐛𝐥𝐢𝐤 𝐏𝐨𝐥𝐚𝐧𝐝 𝐊𝐞 𝐑𝐞𝐣𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐊𝐨𝐫 𝐀𝐫𝐦𝐨𝐫 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚, 𝐏𝐨𝐫𝐭 𝐃𝐢𝐜𝐤𝐬𝐨𝐧 Rejimen Kedua Kor Armor Diraja (2 KAD) telah menerima lawatan rasmi daripada Presiden Republik Poland, Tuan Yang Terutama Mr. Andrzej Duda bertempat di Kem Sunggala, Port Dickson, Negeri Sembilan. Lawatan ini dijalankan sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025 dan ianya bertujuan untuk memperkukuh hubungan ketenteraan antara Malaysia dan Poland. Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim yang memangku tugas Panglima Tentera Darat turut hadir meraikan lawatan Tuan Yang Terutama Mr. Andrzej Duda serta delegasi. Tuan Yang Terutama Mr. Andrzej Duda bersama delegasi rasmi diberi taklimat mengenai peranan, keupayaan dan struktur organisasi 2 KAD. Perbincangan bersama membuka peluang kerjasama dalam pertukaran latihan, pemindahan teknologi dan pembangunan aset pertahanan bersama. Lawatan ini juga melambangkan pengiktirafan terhadap profesionalisme dan kesiapsiagaan Tentera Darat Malaysia, serta membuka ruang kepada kerjasama lebih meluas dalam industri pertahanan, termasuk bidang penyelenggaraan, logistik dan pengeluaran bersama aset pertahanan strategik. Hubungan erat antara Malaysia dan Poland sebelum ini terbukti melalui perolehan kereta kebal PT-91M Pendekar oleh ATM, yang memberikan keupayaan tinggi dari segi mobiliti dan daya tembak dalam pelbagai operasi darat. Selain itu, penggunaan Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS) FlyEye turut menambah kelebihan strategik ATM dalam operasi risikan dan pemantauan medan. Lawatan ini turut dihadiri Duta Besar Poland ke Malaysia, Mr. Krzysztof Dobrowolski serta Pegawai Kanan Tentera Darat Malaysia dan ianya disifatkan sebagai satu penghormatan besar kepada ATM. Ia selari dengan hala tuju Kementerian Pertahanan dalam membentuk ekosistem pertahanan yang lebih mampan dan berdaya tahan melalui kerjasama antarabangsa. TenteraDaratMalaysia GagahSetia AngkatanMasaHadapan DutyHonourSacrifice Like this:Like Loading... Related