You are here
Home > Parade & Ceremony > Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Latihan TD

Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Latihan TD

Change-of-command Parade, Army Training Commander
Negeri Sembilan, 23 Apr 2019: Seramai 27 pegawai dan 473 Lain-Lain Pangkat (LLP) yang terdiri daripada semua pasukan di bawah naungan PLDTD terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Latihan TD yang diketuai oleh Pegawai Staf 1 Tadbir MK PLDTD, Lt Kol Johan Effendi Hj Mohd Salleh bertempat di Padang Kawad Kem Segenting, Port Dickson.
Perbarisan ini menyaksikan Panglima Latihan TD ke-19, Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi telah menyerahkan tugas kepada Mej Jen Dato’ Hj Mohd Nazir Hj Mami disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah.
Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi mula berkhidmat pada 10 Jul 1978 dengan menyertai Yunit Latihan Pendahuluan Pegawai Kadet (YLPPK) Pengambilan ke-34 di Kem Sebatang Karah, Port Dickson dan ditauliahkan pada 11 Apr 1980 di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom serta dianugerahkan ‘Cane of Honour’.
Mantan Panglima Latihan TD dalam ucapan semasa jamuan makan tengah hari bersama warga PLDTD buat kali terakhir di Dewan Serbaguna Kem Segenting menyatakan bahawa beliau berasa bangga dengan pencapaian PLDTD dalam pelbagai anugerah yang telah dirangkul sepanjang beliau memegang pucuk pimpinan PLDTD.
Beliau turut menyuarakan rasa bertuah kerana Port Dickson merupakan tempat bermulanya karier dalam Angkatan Tentera Malaysia dan tempat beliau menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat selama 41 tahun 4 bulan dan 12 hari dalam TD.
#latihanteraskeyakinan
– MK PLDTD

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: