You are here
Home > Parade & Ceremony > KD Raja Muda Nala Officially Named and Launched by Selangor Royalty at Lumut Naval Base

KD Raja Muda Nala Officially Named and Launched by Selangor Royalty at Lumut Naval Base

PERAK, 3 July 2025 – His Royal Highness Sultan Sharafuddin Idris Shah of Selangor and Her Royal Highness Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri of Selangor, graced the naming and launch ceremony of the Royal Malaysian Navy’s second Littoral Combat Ship (LCS) at the Lumut Naval Shipyard (LUNAS), Lumut Naval Base.

Her Royal Highness Tengku Permaisuri Norashikin, serving as the Royal Sponsor, officially named the vessel KD Raja Muda Nala, in the presence of His Royal Highness Sultan Sharafuddin Idris Shah.

The name Raja Muda Nala symbolises unwavering determination, courage, and the warrior spirit of the historical figure in defending the sovereignty of Selangor. It also signifies a continuation of royal military legacy in strengthening Malaysia’s maritime defence capabilities.

The Littoral Combat Ship represents a national milestone, being the first frigate-class warship built entirely by a local company—Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd. This achievement reflects Malaysia’s growing capabilities in the defence industry and its ambition to compete globally.

The naming of LCS 2 underscores the Ministry of Defence’s success in implementing a major national project, while aligning with the Royal Malaysian Navy’s strategic plan to modernise its fleet. The vessel is equipped with advanced combat and maritime operational capabilities, bolstering the nation’s maritime security.

The prestigious ceremony was also attended by:

Minister of Finance II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Deputy Minister of Defence, Adly Zahari

Chief of Defence Forces, General Tan Sri Hj Mohd Nizam Jaffar

Service Chiefs and senior officials from the Ministry of Defence (MINDEF) and Malaysian Armed Forces (MAF)


Perak, 3 Julai 2025 – DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor telah berkenan untuk mencemar duli ke Majlis Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Kedua, Second Generation Patrol Vessel Berkeupayaan Littoral Combat Ship (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia di limbungan Lumut Naval Shipyard (LUNAS), Pangkalan TLDM Lumut.

DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor selaku Royal Sponsor turut berkenan menamakan Kapal LCS 2 sebagai Kapal Diraja (KD) Raja Muda Nala, disaksikan bersama oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Nama RAJA MUDA NALA melambangkan simbol keazaman, keberanian, dan semangat juang tokoh tersebut dalam mempertahankan kedaulatan negeri Selangor. Ia juga merupakan kesinambungan warisan kepahlawanan diraja dalam memartabatkan pertahanan maritim negara masa kini.

Kapal LCS merupakan simbol kebanggaan negara sebagai kapal kelas frigat pertama yang dibina sepenuhnya oleh syarikat tempatan, iaitu Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd. Kejayaan ini secara tidak langsung mencerminkan keupayaan industri tempatan dalam merealisasikan aspirasi negara untuk bersaing dalam industri pertahanan di peringkat global.

Penamaan kapal LCS 2 ini merupakan bukti pencapaian Kementerian Pertahanan dalam melaksankan projek nasional selain menjadi sebahagian daripada perancangan strategik TLDM dalam memperkukuh kesiagaan armada menerusi pemilikan aset berteknologi tinggi, berkemampuan tempur dan berkeupayaan melaksanakan pelbagai operasi maritim demi mempertahankan kedaulatan perairan negara.

Turut hadir adalah Menteri Kewangan II, YB Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari, Panglima Angkatan Tentera Malaysia; Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam Jaffar, Panglima-panglima perkhidmatan serta pegawai kanan MINDEF dan ATM.

MindefMalaysia

MindefUpdate

Kesiapsiagaan

ATM

Top