Courtesy Call by Director of Defence Geospatial Division to Joint Forces Commander Highlights Strategic Cooperation Opportunities Technology 14th July 202518th July 2025 KUALA LUMPUR, 14 July 2025 β The Director of the Defence Geospatial Division (BGSP), Brigadier General Datoβ Pahlawan Sr Dr Mohd Zambri bin Mohamad Rabab, paid a courtesy call to the Commander of the Joint Forces, Lieutenant General Datoβ Pahlawan Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM, at the Joint Forces Headquarters, Sungai Panching, Kuantan. Accompanied by the Deputy Director of BGSP, Colonel Norazlin bt Hj Pamuji, the visit continued with a briefing by BGSP to the Joint Forces Commander and senior officers. The briefing outlined the functions and roles of BGSP in advancing the national defence geospatial agenda, covering defence, security, and disaster management domains. This meeting opened up direct avenues to enhance operational geospatial capabilities, especially in the defence sector, through the adoption of more modern and cutting-edge technologies. Several new initiatives were also proposed, including building strategic partnerships with key agencies and divisions within the Malaysian Armed Forces (ATM) to boost national defence readiness via efficient and competitive geospatial technologies. The visit concluded with a photo session and an exchange of mementos, symbolising mutual appreciation and a shared commitment to strengthening future collaboration. πππππππππ ππππππ ππππππππ ππππππππ πππππππ Kuala Lumpur, 14 Julai 2025 β Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), Brigedier Jeneral Datoβ Pahlawan Sr Dr Mohd Zambri bin Mohamad Rabab telah mengadakan kunjungan hormat kepada Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM bertempat di Markas Angkatan Bersama, Sungai , Kuantan. Kunjungan hormat ini turut disertai oleh Timbalan Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan, Kol Norazlin bt Hj Pamuji. Seterusnya, kunjungan hormat ini diteruskan dengan Taklimat BGSP kepada Panglima Angkatan Bersama bersama pegawai-pegawai kanan Markas Angkatan Bersama. Taklimat ini bertujuan untuk menerangkan kefungsian BGSP dalam agenda Geospatial Pertahanan peringkat nasional merangkumi domain pertahanan, keselamatan dan pengurusan bencana. Hasil daripada pertemuan ini dapat membuka peluang secara langsung bagi memperkukuhkan kecekapan operasi geospatial terutamanya dalam bidang pertahanan melalui kemajuan teknologi-teknologi yang lebih kontemporari. Selain itu, beberapa inisiatif baharu turut dilontarkan termasuk menjalinkan kerjasama strategik dengan agensi-agensi serta bahagian yang berkepentingan dalam ATM bagi meningkatkan kesiapsiagaan pertahanan negara melalui penggunaan teknologi geospatial yang lebih efisien dan berdaya saing. Kunjungan hormat ini berakhir dengan sesi bergambar dan penyerahan cenderahati sebagai simbolik penghargaan dan komitmen terhadap kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan. Like this:Like Loading... Related