JOHOR: The 7th Brigade, represented by the 5th Royal Malay Regiment (5 RAMD) in Kluang, the 501st Territorial Army Regiment (Rej 501 AW) in Johor Bahru, the 2nd Royal Artillery Regiment (2 RAD) in Kulai and Pontian, the 4th Royal Artillery Regiment (4 RAD) in Segamat, and the 33rd Royal Artillery Regiment (33 RAD) in Kota Tinggi, are actively engaged in flood relief operations.
All units remain committed to providing initial assistance to affected residents, collaborating with Local Authorities to evacuate flood victims to registered Temporary Evacuation Centers (PPS).
As of 4:00 PM, a total of 50 PPS have been opened, accommodating 2,108 families and 7,511 flood victims. Despite this, rescue efforts persist, utilizing military assets deployed for the purpose.
Simultaneously, the Mobile Medical Team (MMT) of the Malaysian Army will continue providing health assistance and medical treatment to flood victims at PPS, ensuring their well-being.
β 7th Infantry Brigade Headquarters
π πππ πππππ πππππππ πππππππ ππ πππππ ππ πππππ
JOHOR: 7 Briged menerusi pasukan Rejimen Kelima Askar Melayu Diraja (5 RAMD) di daerah penugasan Kluang, Rejimen 501 Askar Wataniah (Rej 501 AW) di daerah penugasan Johor Bahru, Rejimen Kedua Artileri Diraja (2 RAD) di daerah penugasan Kulai dan Pontian, Rejimen Keempat Artileri Diraja (4 RAD) di daerah penugasan Segamat dan Rejimen Ke-33 Artileri Diraja (33 RAD) di daerah penugasan Kota Tinggi.
Kesemua pasukan terus komited memberikan bantuan awal kepada seluruh penduduk yang terjejas banjir melibatkan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memindahkan mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang didaftarkan.
Sehingga jam empat petang, sejumlah 50 PPS telah dibuka melibatkan 2,108 keluarga dan 7,511 orang mangsa. Namun demikian, usaha menyelamat masih lagi diteruskan oleh warga Tentera Darat dengan menggunakan aset-aset tentera yang telah diaturgerakkan.
Dalam perkembangan yang sama, elemen βMobile Medical Teamβ (MMT) Tentera Darat Malaysia akan terus memberikan bantuan dan rawatan kesihatan kepada mangsa banjir di PPS bagi memastikan tahap kesihatan mangsa banjir di tahap yang baik.