9 Jul 18. Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jurutera telah berlansung di Dewan Tanjung, Wisma Transit. Serah menyerah ini adalah diantara Kol Ir Abdul Hamid bin Mohd Isa, Pemangku Ketua Jurutera dengan Brig Jen Dato’ Pahlawan Hj Ahmad Nasir bin Hj Abd Rahman, Ketua Jurutera Ke-14. Majlis tersebut telah disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi bersama Pegawai Kanan Tentera Darat yang lain.