Ek Kerismas
Eksesais Kerismas merupakan latihan berskala besar dalam sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Eksesais ini bertujuan menguji tahap kesiagaan armada TLDM meliputi keseluruhan aspek termasuk operasi dan strategi taktikal.
Majlis Pembukaan Eksesais Kerismas 26/2019 telah berlangsung di Auditorium Al-Haimi, Markas Wilayah Laut 1 Kuantan, Pahang hari ini dengan kehadiran Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany.
Eksesais gah ini turut merangkumi CINSPEX atau Chief of Navy Inspection yang lebih memfokuskan penilaian dan pengukuran tahap kesiagaan Armada TLDM dengan lebih terperinci selain turut disertai dengan Eks TAMING SARI 19/2019 yang bakal menguji keupayaan peralatan dan sistem pelancar misil yang terdapat pada kapal dan Helikopter TLDM. Eksesais ini akan diadakan secara berterusan mulai 1 Jul sehingga 18 Jul melibatkan 11 aset TLDM dan kira-kira 3,000 anggota dan turut melibatkan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia.
Mari sama-sama doakan kejayaan eksesais ini! Go Navy!
Kementerian Pertahanan Malaysia
Mohamad Sabu – Menteri Pertahanan Malaysia