I would like to refer to a video recording of a speech by a political party leader who is campaigning for the Sabah State Election (PRN) touching on the issue of the A Tanduo, Lahad Datu intrusion incident in 2013.
His allegation that the incident was just a farce for the political interests of certain parties was a rude statement as well as an insult to the entire nation’s security forces, especially to the 10 families of the members who were killed in the incident.
All security forces, especially the Malaysian Armed Forces (MAF) and the Royal Malaysian Police (RMP) know the truth of this incident and no one has openly disputed the truth of this incident.
Where the country has just celebrated its 87th MAF Day on September 16, this accusation reflects how much he does not understand and underestimate the sacrifices of the nation’s security forces.
Therefore, I would like to remind all parties not to touch on sensitive issues that can arouse anger and discomfort from any party, especially on matters involving national security and sovereignty.
YB DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB MINISTER OF SENIOR DEFENCE 21 September 2020
KENYATAAN AKHBAR MENTERI KANAN PERTAHANAN DAKWAAN PERISTIWA LAHAD DATU 2013 SATU SANDIWARA, PENGHINAAN KEPADA PASUKAN KESELAMATAN
Saya ingin merujuk kepada satu rakaman video ucapan seorang pemimpin parti politik yang sedang berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menyentuh isu peristiwa pencerobohan A Tanduo, Lahad Datu pada tahun 2013.
Tuduhan beliau bahawa peristiwa tersebut hanya satu sandiwara untuk kepentingan politik pihak tertentu adalah sat u kenyataan biadab serta penghinaan kepada seluruh pasukan keselamatan negara khususnya kepada 10 keluarga anggota yang terkorban dalam peristiwa itu.
Seluruh pasukan keselamatan khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetahui akan kebenaran peristiwa to dan tidak ada mana-mana pihak mernpertikaikan secara terbuka berkaitan kebenaran peristiwa ini.
Dalam suasana negara baru sahaja menyambut Hari ATM yang ke-87 pada 16 September lalu, tuduhan ini mencerminkan betapa beliau tidak memahami serta memandang rendah pengorbanan pasukan keselamatan negara.
Justeru itu, saya ingin mengingatkan kepada semua pihak agar tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh membangkitkan kemarahan dan rasa tidak selesa mana-mana pihak khususnya perkara yang melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara.
YB DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB MENTERI KANAN PERTAHANAN 21 September 2020