You are here
Home > MY ATM > COVID-19 Drive-Through Vaccination Centre at Muara Tuang Camp for Ministry of Defence Personnel

COVID-19 Drive-Through Vaccination Centre at Muara Tuang Camp for Ministry of Defence Personnel

sarawak-drive-through-vaccination

KUCHING, 19 June 2021 – Based on the success achieved at the drive-through Vaccination program held at Sungai Besi Camp on 8 June 2021, the Army once again took the initiative to continue the program at a second location at Muara Tuang Camp, Sarawak.

Today, the Chief of Defence Forces, General Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang RMAF together with the Senior Minister of Defence, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob went down to the field to the camp to review the program and were welcomed by the Army personnel there.

The Drive-Through Vaccination Program will take place for 5 days starting today until 23 June 2021. The program involves 3 vehicle lanes and 6 vaccination stations involving a total of 76 staff among Medical Officers and members from the Armed Forces Health Service and General Officers.

COVID-19 Drive-Through Vaccination Centre at Muara Tuang Camp.
COVID-19 Drive-Through Vaccination Centre at Muara Tuang Camp.

A total of 7,032 individuals comprising military personnel, families and civil servants living in the Armed Forces Family Home (RKAT) in the camp and around Kuching have been listed to receive vaccinations through the program.

Through this program, it is expected to increase the number of vaccine receptions to 960 people in 8 hours compared to static vaccination of around 300 to 500 people in the same period.

According to YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, the implementation of the Pandu Lalu Vaccination Program will be expanded periodically to include military camps and the deployment of MAF personnel throughout the country. A total of 20 drive-through vaccination centers will be established in military camps in Peninsular Malaysia, Sabah and Sarawak to provide convenience and comfort to vaccination recipients among MAF personnel and their families as well as civil servants of the Ministry of Defence.

According to him, the time period of the pilot vaccination plan will start on 1 July to 5 August 2021 to ensure herd immunity among the Ministry of Defence and MAF staff will be able to achieve the target of 100%. However, it depends on the receipt of vaccine supply from the Ministry of Health Malaysia (MOH).

Also present at the review session were the Minister of Local Government and Housing, Deputy Minister of Defence, Secretary General of the Ministry of Defence, Chief of Army, Commander of the First Malaysian Infantry Division, Director General of MAF Health Services and several Senior MAF Officers.

In addition, the MAF, through the Army has set out to implement the Jiwa Murni Project (PJM) by creating a Combat Medic Vaccination Team (CMVT) as one of the efforts to assist the National COVID-19 Immunization Program (PICK) by implementing vaccination services to rural areas. The CMVT action plan targets 200 to 250 people to be vaccinated within 8 hours a day depending on vaccine supply.

Based on the duration of this daily operation, the complete vaccination process at each vaccination center is expected to take 3 to 4 days depending on the capacity of the vaccine recipient.

The program is expected to begin no later than the end of June and will last for a month, depending on the supply of vaccines provided by the MOH. CMVT personnel involved in several remote areas in Sabah and Sarawak will be mobilised using MAF assets.

In addition, there are 5 locations for vaccination that have been identified in Sarawak, namely at the Buduk Nur Community Hall in Ba’kelalan, Sang Anau, Long Busan and Long Unai in Bukit Mabong and Nanga Ngungun in Kanowit. It is estimated that more than 2,000 people will receive the vaccine at these locations. Meanwhile, for the location for vaccination in Sabah will be held in Long Pasia, Sipitang involving a total of 500 vaccine recipients.

The Ministry of Defence and the Armed Forces support the wishes and aspirations of the government to create herd immunity aimed at breaking this chain of COVID-19 epidemics. It is also to ensure that MAF personnel and their families as well as civil servants of the Ministry of Defence, are at minimal risk of being infected with this epidemic.


𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—©π—”π—žπ—¦π—œπ—‘π—”π—¦π—œ 𝗣𝗔𝗑𝗗𝗨 π—Ÿπ—”π—Ÿπ—¨ π——π—œ 𝗦𝗔π—₯𝗔π—ͺπ—”π—ž π—•π—¨π—žπ—§π—œ π—žπ—’π— π—œπ—§π— π—˜π—‘ π—§π—˜π—‘π—§π—˜π—₯𝗔 𝗗𝗔π—₯𝗔𝗧 π—π—”π—¬π—”π—žπ—”π—‘ 𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—©π—”π—žπ—¦π—œπ—‘π—”π—¦π—œ π—–π—’π—©π—œπ——-𝟭𝟡 π—£π—˜π—₯π—œπ—‘π—šπ—žπ—”π—§ 𝗔𝗧𝗠

KUCHING, 19 Jun 2021 – Berdasarkan kejayaan yang telah dicapai pada program Vaksinasi Pandu Lalu yang telah diadakan di Kem Sungai Besi pada 8 Jun 2021 yang lalu, Tentera Darat sekali lagi mengambil inisiatif meneruskan program tersebut ke lokasi kedua iaitu di Kem Muara Tuang, Sarawak.

Hari ini, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bersama Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob turun padang ke kem berkenaan bagi meninjau program yang disambut baik oleh warga Tentera Darat di sana.

Program Vaksinasi Pandu Lalu ini akan berlangsung selama 5 hari bermula hari ini hingga 23 Jun 2021. Tatacara pengurusan program melibatkan 3 saluran kenderaan dan 6 buah stesen suntikan dengan membabitkan seramai 76 petugas di kalangan Pegawai Perubatan dan anggota dari Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera serta Petugas Am.
Seramai 7,032 individu yang terdiri daripada warga tentera, keluarga dan kakitangan awam yang menghuni di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di kem berkenaan serta sekitar Kuching telah disenaraikan untuk menerima suntikan vaksin melalui program yang dilaksanakan.

Melalui program ini, ia dijangka dapat meningkatkan jumlah penerimaan vaksin sehingga 960 orang dalam tempoh 8 jam berbanding pemberian vaksin secara statik sekitar 300 hingga 500 orang dalam tempoh yang sama.
Menurut YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, pelaksanaan Program Vaksinansi Pandu Lalu ini akan diperluaskan lagi secara berkala meliputi kem tentera dan penempatan warga ATM di seluruh negara. Sejumlah 20 buah pusat pemberian vaksin secara pandu lalu akan diwujudkan di kem-kem tentera di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penerima vaksinasi di kalangan warga ATM dan keluarga serta kakitangan awam Kementerian Pertahanan.

Menurut beliau lagi, tempoh masa rancangan vaksinasi pandu lalu ini akan bermula pada 1 Julai hingga 5 Ogos 2021 bagi memastikan imuniti kelompok di kalangan warga Kementerian Pertahanan dan ATM akan mampu mencapai sasaran 100%. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada penerimaan bekalan vaksin daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Turut hadir dalam sesi tinjauan tersebut ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Timbalan Menteri Pertahanan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima Tentera Darat, Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM dan beberapa Pegawai Kanan ATM.

Di samping itu juga, ATM melalui TDM telah menetapkan untuk melaksanakan Projek Jiwa Murni (PJM) dengan mewujudkan Combat Medic Vaccination Team (CMVT) sebagai salah satu usaha untuk membantu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan melaksanakan perkhidmatan pemberian vaksinasi ke kawasan pedalaman.
Pelan tindakan CMVT mensasarkan seramai 200 hingga 250 orang disuntik dalam tempoh 8 jam sehari bergantung kepada bekalan vaksin. Berdasarkan tempoh operasi harian ini, proses lengkap vaksinasi di setiap pusat pemberian vaksin dijangka akan mengambil masa selama 3 hingga 4 hari bergantung kepada kapasiti penerima vaksin.

Program ini dijangka akan bermula selewatnya penghujung Jun dan akan berlangsung dalam tempoh sebulan, bergantung kepada bekalan vaksin yang dibekalkan oleh KKM. Petugas CMVT yang terlibat di beberapa kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak akan diaturgerak menggunakan aset ATM.

Di samping itu,terdapat 5 lokasi bagi pemberian vaksin yang telah dikenalpasti di Sarawak iaitu di Dewan Masyarakat Buduk Nur di Ba’kelalan, Sang Anau, Long Busan dan Long Unai di Bukit Mabong dan Nanga Ngungun di Kanowit. Dianggarkan seramai lebih daripada 2000 orang akan menerima vaksin di lokasi tersebut. Manakala, bagi lokasi pemberian vaksin di Sabah pula akan diadakan di Long Pasia, Sipitang yang melibatkan seramai 500 orang penerima vaksin.

Kementerian Pertahanan dan ATM mendokong hasrat dan aspirasi kerajaan untuk mewujudkan imuniti kelompok yang bertujuan untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 ini. Ianya juga bagi memastikan agar warga ATM dan keluarga serta kakitangan awam Kementerian Pertahanan, berisiko minimum dari dijangkiti wabak ini.

Top
%d bloggers like this: