You are here
Home > Parade & Ceremony > Farewell Visit by Malaysian Chief of Air Force

Farewell Visit by Malaysian Chief of Air Force

KUALA LUMPUR, 28 February 2022 – The Chief of Army (COA), General Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain received a courtesy call on the Retirement of the Chief of Air Force (CoAF), General Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad RMAF at the Office of the COA, Wisma Pertahanan today.

General Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad RMAF will end his service on 3 September 2022 and will begin his leave on 8 March 2022.

During his 42 years of service, General Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad RMAF has held various important positions in the RMAF and the Malaysian Armed Forces including Kuantan Air Base Commander, 1st Air Division Commander, Air Logistics Commander, Air Operations Commander and Joint Forces Commander. Based on the excellence and authority that has been displayed, he was promoted to the rank of General of the RMAF and assumed the position of CoAF on 3 January 2020.

Apart from that, Tan Sri CoAF also has experience in various operations throughout his career as an Operations Fighter Pilot. Among his operational experiences are Terumbu Layang-Layang Monitoring Flight Operation, Russian National Transport Aircraft Interception Operation (Operation ‘Zombie Watch’), Operation Combating Communist Terrorists by dropping bombs on the Malaysia-Thailand Border, Operation Monitoring the Straits of Malacca and others.

The Army wishes General Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad RMAF a happy retirement and success.


KUNJUNGAN HORMAT PERSARAAN PANGLIMA TENTERA UDARA

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2022 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menerima Kunjungan Hormat Persaraan Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM di Pejabat Panglima Tentera Darat, Wisma Pertahanan hari ini.

Jeneral Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM akan menamatkan perkhidmatan pada 3 September 2022 dan akan mula bercuti pada 8 Mac 2022.

Sepanjang perkhidmatan selama 42 tahun, Jeneral Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM telah menyandang pelbagai jawatan penting dalam TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia antaranya ialah Komander Pangkalan Udara Kuantan, Panglima 1 Divisyen Udara, Panglima Logistik Udara, Panglima Operasi Udara dan Panglima Angkatan Bersama. Berdasarkan kecemerlangan dan kewibawaan yang telah dipamerkan, beliau telah dinaikkan ke pangkat Jeneral TUDM dan menjawat jawatan sebagai PTU pada 3 Januari 2020.

Selain itu, Tan Sri PTU juga berpengalaman dalam pelbagai operasi sepanjang kerjayanya sebagai seorang Juruterbang Pejuang Operasi. Di antara pengalaman operasi beliau adalah Operasi Penerbangan Pemantauan Terumbu Layang-Layang, Operasi Pemintasan Pesawat Angkut Negara Rusia (Operasi ‘Zombie Watch’), Operasi Membanteras Pengganas Komunis melalui pengguguran bom di Sempadan Malaysia-Thailand, Operasi Pemantauan Selat Melaka dan sebagainya.

Tentera Darat mengucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya kepada Jeneral Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM.

Top
%d bloggers like this: