You are here
Home > Parade & Ceremony > The Malaysian Army is Ready to Rock the 65th National Day Celebration

The Malaysian Army is Ready to Rock the 65th National Day Celebration

KUALA LUMPUR, 28 August 2022 – The parade in conjunction with the 65th National Day Parade continues to be held at Dataran Merdeka today. All parties involved in the parade are seen to be on the field and give commitments to make the parade that will be held on 31 August 2022 a success.

The Malaysian Army continues to give the best parade and parade performance by displaying members and assets that are in a state of constant readiness just like the day of the actual parade.

People were also seen filling the stands and their excitement was palpable even though today’s parade was not a real parade. This kind of patriotic spirit should be emulated by all Malaysians.

For all Malaysians, don’t forget to fill Dataran Merdeka on 31 August 2022 to witness the 65th National Day Parade. Various colorful performances, parade of members and assets from various agencies including the Army and the Malaysian Armed Forces (MAF) which showcased various combat assets that you rarely see.

#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia
#HariKebangsaanKe65
#KeluargaMalaysiaTeguhBersama


TENTERA DARAT SEDIA GEGARKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-65

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2022 – Raptai Sempena Perbarisan Hari Kebangsaan Ke-65 terus giat dijalankan di Dataran Merdeka hari ini. Semua pihak yang terlibat di dalam elemen perbarisan dilihat turun padang dan memberikan komitmen yang jitu bagi menjayakan perbarisan yang akan diadakan pada 31 Ogos 2022 nanti.

Tentera Darat Malaysia terus memberikan persembahan perarakan dan perbarisan yang terbaik dengan memperagakan anggota dan aset yang berada dalam keadaan sentiasa siap siaga seperti hari perbarisan sebenar.

Orang ramai dilihat turut memenuhi ruangan tempat duduk penonton dan keterujaan mereka sangat dirasai walaupun perbarisan pada hari ini bukanlah perbarisan yang sebenar. Semangat patriotik sebeginilah yang wajar dicontohi oleh seluruh rakyat Malaysia.

Buat seluruh rakyat Malaysia, jangan lupa turun memenuhi Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2022 ini bagi menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan Ke-65. Pelbagai persembahan berwarna warni, perarakan keanggotaan dan aset dari pelbagai agensi termasuklah Tentera Darat dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempamerkan pelbagai aset tempur yang jarang-jarang dapat anda lihat.

Top
%d bloggers like this: