You are here
Home > Parade & Ceremony > Senior Army Officers Promoted Accompanied with New Responsibilities

Senior Army Officers Promoted Accompanied with New Responsibilities

SUNGAI BESI, 29 August 2022 – The Chief of Army (COA), General Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain has graced the Army Senior Officer Rank PromotionCeremony at the Zulkifeli Zain Hall, Wisma Perwira Army today.

A total of 29 Senior Army Officers, 11 Special Duty Officers and one Cadet Officer were promoted today.  Leading the list is Major General Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi who was promoted to the rank of Lieutenant General with effect from 8 August 2022 and remains in the position of Chief of Staff of the Army Headquarters.

Lieutenant-General Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi
Lieutenant-General Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi.

Also promoted are 6 Senior Officers with the rank of Brigadier General to Major General, 6 Senior Officers with the rank of Colonel to Brigadier General, 6 Senior TD Officers with the rank of Lieutenant Colonel to Colonel and 10 officers with the rank of Major promoted to Lieutenant Colonel. 

Cadet Officer Muhammad Haikal bin Mohd Tukiman who completed his training at the Royal Military Academy (RMA) Sandhurst, England was commissioned as a Junior Lieutenant with effect from 14 April 2022 and held the position of Platoon Leader, 13th Battalion of the Royal Malay Soldier Regiment (13 RAMD).


PEMAKAIAN PANGKAT SEIIRING DENGAN TANGGUNGJAWAB BAHARU

SUNGAI BESI, 29 Ogos 2022 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat di Dewan Zulkifeli Zain, Wisma Perwira Tentera Darat hari ini.

Seramai 29 Pegawai Kanan Tentera Darat, 11 Pegawai Tugas Khas dan seorang Pegawai Kedet telah dinaikkan pangkat pada hari ini. Mendahului senarai ialah Mejar Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi yang dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral berkuatkuasa pada 8 Ogos 2022 dan kekal menjawat jawatan Ketua Staf Markas Tentera Darat.

Turut dinaikkan pangkat adalah 6 orang Pegawai Kanan berpangkat Brigedier Jeneral ke Mejar Jeneral, 6 orang Pegawai Kanan berpangkat Kolonel ke Brigedier Jeneral, 6 orang Pegawai Kanan TD berpangkat Leftenan Kolonel ke Kolonel dan 10 orang pegawai berpangkat Mejar dinaikkan ke Leftenan Kolonel. Seramai 11 orang PTT Kanan turut dipakaikan pangkat Lt Muda sebagai Pegawai Senarai Tugas dimajlis yang sama.

Pegawai Kadet Muhammad Haikal bin Mohd Tukiman pula yang tamat latihan di Royal Military Academy (RMA) Sandhurst, England ditauliahkan sebagai Leftenan Muda berkuatkuasa pada 14 April 2022 dan menjawat jawatan sebagai Ketua Platun, Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (13 RAMD).

Dalam ucapan Tan Sri PTD, beliau menyeru kepada semua pegawai untuk sentiasa memantau aktiviti anggota masing-masing terutamanya di dalam kawasan operasi supaya tidak melakukan aktiviti yang memudaratkan perkhidmatan. Sesungguhnya, rakyat Malaysia telah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada warga tentera untuk mempertahankan kedaulatan tanah air dan amanah tersebut perlulah dipelihara dengan sebaiknya.

Majlis pemakaian pangkat ini adalah seiiring dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga” yang menekankan aspek memberi pengiktirafan di atas kecemerlangan khidmat bakti.

TenteraDaratMalaysia

GagahSetia

TonggakKetiga

KesejahteraanWargaTD

Top
%d bloggers like this: