You are here
Home > Parade & Ceremony > Promotion of 1 Division Commander Major General Hassan bin Embong

Promotion of 1 Division Commander Major General Hassan bin Embong

KUALA LUMPUR, 30 August 2022 – Located at the Office of the Chief of Army (COA), Wisma Pertahanan, the COA , General Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain has completed a Senior Army Officer Rank Promotion Ceremony.

Brigadier General Hassan bin Embong has been promoted to the rank of Major General with effect from 8 August 2022 and will assume the position of Commander of the First Malaysian Infantry Division (1 Division).


PANGLIMA TENTERA DARAT SEMPURNAKAN PEMAKAIAN PANGKAT MEJAR JENERAL HASSAN BIN EMBONG

Major General Hassan bin Embong
Major General Hassan bin Embong

KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2022 – Bertempat di Pejabat Panglima Tentera Darat (PTD), Wisma Pertahanan, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat.

Brigedier Jeneral Hassan bin Embong telah dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral berkuatkuasa pada 8 Ogos 2022 dan akan menjawat jawatan sebagai Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen).

Turut hadir hadir ke majlis ini adalah Ketua Staf Markas Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Mejar Jeneral Azhan bin Haji Md Othman serta turut disaksikan oleh para Pegawai Kanan Markas Tentera Darat.

Tentera Darat Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Mejar Jeneral Hassan bin Embong di atas pemakaian pangkat itu tadi. Semoga pemakaian pangkat ini akan menjadi pendorong untuk terus menabur bakti bagi memastikan kecemerlangan Tentera Darat Malaysia.

Majlis seumpama ini selari dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga” yang menekankan aspek memberi pengiktirafan di atas kecemerlangan khidmat bakti.

TenteraDaratMalaysia

GagahSetia

TonggakKetiga

Top
%d bloggers like this: