You are here
Home > Defence Relations > Introductory Visit by TNI-AL Navy Chief of Staff Admiral Muhammad Ali to Malaysia

Introductory Visit by TNI-AL Navy Chief of Staff Admiral Muhammad Ali to Malaysia

KUALA LUMPUR, Feb 17 – TNI Admiral Muhammad Ali, Chief of Staff (KASAL) of the Indonesian Navy (TNI-AL) made an official visit to the Naval Headquarters today.

His arrival at Wisma Pertahanan was greeted by his counterpart Admiral Datuk Abdul Rahman bin Ayob, and the event began with the inspection of the Main Guard of Honour.

Next, he was accompanied by Admiral Datuk Abdul Rahman for a courtesy call on General Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Chief of Defence Force. TNI Admiral Muhammad Ali then held a meeting with Admiral Datuk Abdul Rahman and listened to a briefing on developments in the RMN.

Malaysia became the first destination for an introductory visit since TNI Admiral Muhammad Ali assumed the highest position of the TNI-AL on 28 December 2022. An interesting fact about this meeting is that both commanders specialize in submarines and have headed their respective submarine forces.

In addition to discussing current topics regarding regional maritime defence and security, this visit is seen as a platform to strengthen the long-standing relationship between RMN and TNI-AL.


𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐋𝐔𝐍𝐆 πŠπ€π’π€π‹ πŠπ„ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ π„π‘π€π“πŠπ€π πˆπŠπ€π“π€π 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π‹πƒπŒ 𝐃𝐀𝐍 π“ππˆ-𝐀𝐋

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Laksamana TNI Muhammad Ali, Kepala Staf Angkatan Laut (KASAL) Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Laut (TNI-AL) telah membuat kunjungan rasmi ke Markas Tentera Laut hari ini.

Ketibaan beliau di Wisma Pertahanan disambut rakan sejawat Laksamana Datuk Abdul Rahman bin Ayob, dan acara dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama.

Seterusnya, beliau diiringi Laksamana Datuk Abdul Rahman untuk kunjungan hormat ke atas Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Angkatan Tentera.
Laksamana TNI Muhammad Ali kemudian mengadakan perjumpaan bersama Laksamana Datuk Abdul Rahman dan mendengar taklimat berhubung perkembangan semasa TLDM.

Malaysia menjadi destinasi pertama bagi kunjungan pengenalan (Introductory Visit) sejak Laksamana TNI Muhammad Ali memegang jawatan tertinggi TNI-AL pada 28 Disember 2022. Satu fakta menarik mengenai pertemuan kali ini adalah kedua-dua panglima tersebut berkepakaran Kapal Selam dan pernah mengetuai angkatan kapal selam masing-masing.

Selain berbincang mengenai topik semasa berkenaan pertahanan dan keselamatan maritim serantau, lawatan ini dilihat sebagai satu platform untuk mengukuhkan lagi hubungan yang sudah terjalin sekian lama antara TLDM dan TNI-AL.

Top
%d bloggers like this: