You are here
Home > Parade & Ceremony > Malaysian Chief of Army Promotion and Change-of-Command Ceremony

Malaysian Chief of Army Promotion and Change-of-Command Ceremony

KUALA LUMPUR, 22 March 2023 – The Army Chief’s Promotion and Change-of-Command Ceremony was officiated by the Minister of Defence, the Honorable Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan and witnessed by the Chief of Defence Force General Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang RMAF at Wisma Pertahanan Auditorium today.

The ceremony started with the application of the rank of General to the Deputy Chief of Army, Lieutenant General Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman accompanied by his wife, Datin Seri Ramlah binti Dawi and continued with the handing over of the duties of the Army Chief between General Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain and General Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman who took over the 29th Chief of Army effective 22 March 2023.

The Minister of Defence in his speech expressed his heartfelt congratulations to General Datuk Seri Mohamad bin Ab Rahman, on his promotion and appointment as the new Army Chief. With his extensive experience and high leadership ability, he is confident that the 29th COA is able to lead the Army well and bring this fight to the highest level.

He also expressed his highest appreciation and gratitude to General Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain for his great contribution to the nation and the nation during his 43 years of service in the Malaysian Army and Armed Forces.

The persistence of the efforts of General Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain, the Army has been able to increase readiness through the acquisition of new assets that allow this force to perform its role more widely and effectively. He has also introduced the concept of the 28th Army Chief’s Supreme Command which emphasizes 5 Pillars and 3 main Principles as a guideline for the administration and governance of the entire Malaysian Army.

Also present to witness were the Deputy Minister of Defence, the Honorable Tuan Haji Adly bin Zahari, the Secretary General of the Ministry of Defence, Dato Sri Muez bin Abd Aziz, the Chief of Navy, Admiral Datuk Abdul Rahman bin Ayob, the Chief of Air Force, General Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan RMAF, Formation Commanders, Senior Officers of the Army and Mindef.


MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT DAN SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA TENTERA DARAT

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2023 – Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Panglima Tentera Darat telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan dan Panglima Angkatan Tentera dan disaksikan oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM di Auditorium Wisma Pertahanan hari ini.

Majlis dimulakan dengan Pemakaian Pangkat Jeneral kepada Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman diiringi isteri, Datin Seri Ramlah binti Dawi dan diteruskan dengan Serah Terima Tugas Panglima Tentera Darat di antara Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain dan Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman yang mengambil alih Tampuk Pemerintahan Tentera Darat selaku Panglima Tentera Darat Ke-29 berkuatkuasa pada 22 Mac 2023.

Menteri Pertahanan dalam ucapannnya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Jeneral Datuk Seri Mohamad bin Ab Rahman, atas kenaikan pangkat dan pelantikan sebagai Panglima Tentera Darat yang baharu. Dengan pengalaman luas yang dimiliki serta daya kepimpinan yang tinggi, beliau yakin PTD Ke-29 berupaya menerajui Tentera Darat dengan baik dan membawa ketumbukan ini ke tahap yang tertinggi.

Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain atas sumbangan khidmat baktinya yang begitu besar kepada nusa dan bangsa sepanjang 43 tahun perkhidmatan dalam Tentera Darat dan Angkatan Tentera Malaysia.

Kegigihan usaha Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain, Tentera Darat telah dapat meningkatkan kesiagaan melalui perolehan aset-aset baru yang membolehkan ketumbukan ini melaksanakan peranannya dengan lebih meluas dan berkesan. Beliau juga telah memperkenalkan konsep Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 yang menekankan 5 Tonggak dan 3 Prinsip utama sebagai garis panduan kepada pentadbiran dan pemerintahan seluruh ketumbukan Tentera Darat Malaysia.

Turut hadir menyaksikan adalah Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Tuan Haji Adly bin Zahari, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato Sri Muez bin Abd Aziz, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman bin Ayob, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Panglima-Panglima Formasi, Para Pegawai Kanan Tentera Darat dan Warga Tentera Wisma Pertahanan.

Top
%d bloggers like this: