You are here
Home > Human Capital > Acting Commander 4 Bde (Mech) Appointed

Acting Commander 4 Bde (Mech) Appointed

Commander 4 Bde (Mech) BG Engr. Reizal Arif Tan Sri Ismail handed over his appointment to Acting Commander, Commanding Officer 1st Armour, LTC Ahmad Kamal Halib on 1 Sep 2019.

BG Reizal Arif will be attending Defense and Strategic Studies Course at the International College of Defense, National Defense University, Beijing, China from 1 Sep 2019 to 2 Sep 2020.


Jadikan Bgd Ini Terus Kekal Relevan-Mantan Panglima 4 Bgd (Mek)

PAHANG: Brig Jen Engr. Reizal Arif Tan Sri Ismail dengan nada sayu dan hiba memberi ucapan terakhir beliau sebagai Panglima 4 Bgd (Mek) selepas menandatangani buku Memori Panglima di hadapan pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) 4 Bgd (Mek).

“Saya dan isteri mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa taat setia seluruh warga 4 Bgd (Mek) dan genaplah10 bulan saya memerintah 4 Bgd (Mek) dimana pelbagai coretan dan nukilan kecemerlangan tercipta,” kata mantan Panglima 4 Bgd (Mek) dalam ucapannya semasa Perbarisan Serah Terima Tugas Pemangku Panglima 4 Bgd (Mek) bertempat di Padang Kawad 4 Bgd (Mek) pada 1 Sep 2019.

Tambahnya lagi, beliau menyarankan agar semua pegawai dan anggota terus mengekalkan kerjasama yang hebat ini di masa akan datang.

Terdahulu beliau telah menyerahkan tugas Pemangku Panglima 4 Bgd (Mek) kepada Pegawai Memerintah 1 KAD, Lt Kol Ahmad Kamal Halib disaksikan Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

Beliau akan menghadiri Defense and Strategic Studies Course di International College of Defense, National Defense University, Beijing, China bermula 1 Sep 2019 hingga 2 Sep 2020.

Seramai 33 pegawai dan 401 anggota LLP beserta 18 buah kenderaan Jenis A (KJA) diketuai Pegawai Memerintah 14 RAMD (Mek) Lt Kol Idham Md Rusli terlibat dalam perbarisan ini.

Turut hadir Panglima 1 Bgd, Brig Jen Mhd Nazri Abd Rahman, Panglima 7 Bgd, Brig Jen Dato’ Hj Zawawi Hj Adam, Komander Artileri 3 Div, Brig Jen Noor Sazali Puteh, wakil Panglima Wilayah Laut 1, wakil Komander Pangkalan Udara Kuantan, Pegawai Memerintah dan Pemerintah dibawah naungan.

Oleh : SSjn Thomas Raccip Chol
Gambar : Sel Risik 4 Bgd (Mek) dan Pasukan di Bawah Naungan.

Top