You are here
Home > Parade & Ceremony > Malaysian Army Hackles

Malaysian Army Hackles

The hackle is a clipped feather plume that is attached to a military headdress or beret.

The tradition of wearing a hackle was introduced by the British military during the establishment of the Malaysian Ranger Corps in 1963 where, at the beginning, it was used only in the 3rd Battalion of the Ranger Regiment with the 1st Battalion using the hackle in black, the Second Battalion uses a green hackle while the Third Battalion uses a red hackle.

Subsequently in 1975, the Ranger Regiment committee recommended that the use of this hackle be coordinated with all Ranger Regiment Battalions and was approved by the Armed Forces Council (MAT) in 1982. This is something unique for officers and members of the Royal Ranger Regiment (RRR) up till today.


Perbarisan Pemakaian Pangkat Pegawai Dan Anggota LLP

MELAKA: Seramai 27 pegawai dan 407 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam perbarisan pemakaian pangkat, pemakaian hackle dan Upacara Serah Terima Tugas Pegawai Gerakan 8 RRD (Para) di padang kawad pasukan pada 6 Ogos 2019.

Seramai dua pegawai dan lapan anggota LLP telah dinaikkan pangkat yang disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 8 RRD (Para), Lt Kol Zulkifli Raub.

Perbarisan diteruskan dengan pemakaian hackle kepada kepada 45 Perajurit Muda siri 188/2018 yang telah melapor ke pasukan ini pada 28 Jun 2019 yang lalu.

Tradisi pemakaian hackle ini telah diperkenalkan oleh pihak tentera British semasa penubuhan Askar Renjer Malaysia pada tahun 1963 di mana pada peringkat awal, pemakaian hackle ini hanya digunakan di 3 Batalion Rejimen Renjer sahaja pada ketika itu dan menggunakan identiti pasukan masing-masing dengan Batalion Pertama menggunakan hackle berwarna hitam, Batalion Kedua menggunakan hackle berwarna hijau manakala Batalion Ketiga menggunakan hackle berwarna merah.

Seterusnya pada tahun 1975, jawatankuasa Rejimen Renjer telah mencadangkan agar pemakaian hackle ini diselaraskan kepada semua Batalion Rejimen Renjer dan telah diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera (MAT) pada tahun 1982 di mana ianya menjadi satu keistimewaan kepada pegawai dan anggota Rejimen Renjer Diraja (RRD) sehingga kini.

Perbarisan diteruskan lagi dengan upacara serah terima tugas Pegawai Gerakan pasukan di mana Mej Azimi Ariffin telah menyerahkan tugas Pegawai Gerakan kepada Mej Afzaridi Muhammad disaksikan oleh Pegawai Memerintah.

Pegawai Memerintah dalam ucapannya berkata perbarisan ini diadakan sebagai pemantapan Pengurusan Organisasi yang juga merupakan teras pemerintahan beliau yang ketiga.

Di samping itu, perbarisan ini memberi pengiktirafan kepada pegawai dan anggota yang sentiasa berbakti kepada pasukan ini.

Oleh: Lt Suhanraj Rajasegaran
Gambar: Kpl Muhammad Razif Anzeli dan Rjr Sommai Lat

Top
%d bloggers like this: