You are here
Home > Parade & Ceremony > New Joint Task Force 2 Commander Appointed

New Joint Task Force 2 Commander Appointed

Joint Force HQ, Commander Joint Task Force 2 MG Dato’ Hj Zarondin Md Amin officially handed over his appointment to BG Johari bin Mohd Jaafar on 4 Sep 2019.


SERAH TERIMA TUGAS KOMANDER ANGKATAN TUGAS BERSAMA 2

TAWAU, 4 Sept 19 – Perbarisan Serah Terima Tugas Komander Angkatan Tugas Bersama 2 telah diadakan di Padang Kawad Batalion Ke-26 Rejimen Askar Melayu DiRaja, Kem Kukusan, Tawau pada 4 September 2019 (Rabu).

Perbarisan bermula dengan upacara serah terima tugas Komander Angkatan Tugas Bersama 2 yang menyaksikan Mej Jen Dato’ Hj Zarondin Md Amin menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Brigedier Jeneral Johari bin Mohd Jaafar sebagai Komander Angkatan Tugas Bersama 2 yang Ke- 7. Mej Jen Dato’ Zarondin Md Amin telah berkhidmat sebagai Komander bermula 17 Februari 2017 hingga 4 September 2019 dan akan bertukar keluar dengan menjawat jawatan yang baru iaitu Asisten Panglima – Bahagian Pasukan Simpanan Tentera Darat.

Upacara menandatangani nota serah terima tugas serta penyerahan tongkat kuasa Komander Angkatan Tugas Bersama 2 telah disaksikan oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Suhaimi bin Hj Mohd Zuki.

Top
%d bloggers like this: