You are here
Home > Human Capital > First Regimental Sergeant Major of the Malaysian Armed Forces

First Regimental Sergeant Major of the Malaysian Armed Forces

He was born on 19 September 1974 in Alor Setar Kedah. Started in the Army Service on 10 April p1993 at the Recruit Training Center (PLR) and is now known as the Army Basic Training Center (PUSASDA) for 6 months in Port Dickson Negeri Sembilan and on 3 October 1993 he was stationed in the Ninth Royal Malay Regiment (Para), Terendak Camp, Melaka. Throughout his service, he has shown a great dedication and perseverance and has worked hard to advance in his military career. As a result of his dedication during his 26 years of service, he has succeeded in making history as the first Regimental Sergeant Major of the Malaysian Armed Forces (MAF RSM) on 27 September 2019.

First Warrant Officer Hayazi bin Abdul Aziz - Regimental Sergeant Major, Malaysian Armed Forces
First Warrant Officer Hayazi bin Abdul Aziz – Regimental Sergeant Major, Malaysian Armed Forces

First Warrant Officer Hayazi bin Abdul Aziz also held several other posts during his term of service, among them were Assistant Section Commander, Section Commander, Platoon Sergeant, Provost Sergeant, Company Major Sergeant and Parachute Trainer Warrant Officer at 9 RMR (Para). In addition, he was entrusted to hold the position of Regimental Sergeant Major (RSM) of First Royal Malay Regiment on 17 August 2006 until 19 August 2009, RSM National Defence University of Malaysia (UPNM) from 20 August 2009 until 30 June 2013, Sergeant Major of the Field Headquarters Regiment from 1 July 2013 to 29 April 2014, Sergeant Major of the Infantry Corps Regiment from 30 April 2014 to 6 May 2015 and Army Regiment Sergeant Major (SMR TD) from 7 May 2015 to 5 October 2019, with his tenure, he was given the trust and mandate by the leadership of the Malaysian Armed Forces to assume the position of the First Regimental Sergeant Major of the Malaysian Armed Forces.

The career and expertise courses he has attended throughout the service include the Airborne Course at PULPAK, Clerical Basics at 17 RMR (Para), Team Rate at 9 RMR (Para), Signals Basics at 9 RMR (Para), Master Parachutist at PULPAK Airborne Repelling and Rescue, PULADA Fighter Detection, Head of PULPAK Flight, Section Commander at PULADA, Unarmed Combat at 9 RMR (Para), and so on, all of which he attended with excellent results.

He is married to Mrs. Yusandayu binti Yahaya. They have two sons. She also spends her free time with spiritual activities as well as family activities and she is a friendly and highly respected friend.

SARJAN MEJAR REJIMEN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA PERTAMA

Beliau dilahirkan pada 19 September 1974 di Alor Setar Kedah. Mula menceburi Perkhidmatan Tentera Darat pada 10 April 1993 di Pusat Latihan Rekrut (PLR) dahulunya dan sekarang dikenali sebagai Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) selama 6 bulan di Port Dickson Negeri Sembilan dan seterusnya pada 3 Oktober 1993 beliau ditempatkan di Batalion Ke Sembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para), Kem Terendak, Melaka. Di sepanjang perkhidmatan, beliau telah menunjukkan sikap dedikasi dan ketekunan kerja yang tinggi dan berusaha dengan gigih untuk meningkat maju dalam kerjaya ketenteraan. Hasil daripada kesungguhan dan dedikasi yang telah dipamerkan dalam tempoh 26 tahun perkhidmatan, beliau telah berjaya mencipta sejarah menyandang jawatan sebagai Sarjan Mejar Rejimen Angkatan Tentera Malaysia (SMR ATM) yang pertama pada 27 September 2019.

Pegawai Waren Satu Hayazi bin Abdul Aziz juga telah memegang beberapa Jawatan lain sepanjang tempoh perkhidmatan, Di antaranya adalah sebagai Anggota Repalman, Penolong Ketua Seksyen, Ketua Seksyen, Sarjan Platun, Probos Sarjan, Kompeni Sarjan Mejar danPegawai Waren Jurulatih Payung Terjun di 9 RAMD (Para). Selain daripada itu, beliau telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Sarjan Mejar Rejimen di Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pada 17 Ogos 2006 hingga 19 Ogos 2009, Sarjan Mejar Rejimen Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 20 Ogos 2009 hingga 30 Jun 2013, Sarjan Mejar Rejimen Markas Medan pada 1 julai 2013 hingga 29 April 2014, Sarjan Mejar Rejimen Kor Infantri pada 30 April 2014 hingga 6 Mei 2015 dan Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat (SMR TD) pada 7 Mei 2015 hingga 5 Oktober 2019, dengan ketokohan beliau, maka beliau telah diberi kepercayaan dan mandat oleh pucuk pimpinan Angkatan Tentera Malaysia untuk menjawat jawatan sebagai Sarjan Mejar Rejimen Angkatan Tentera Malaysia yang Pertama.

Kursus-kursus kerjaya dan kepakaran yang telah dihadiri beliau di sepanjang perkhidmatan adalah Kursus Asas Payung Terjun di PULPAK, Asas Kerani di 17 RAMD (Para), Kadar Pasukan di 9 RAMD (Para), Asas Semboyan di 9 RAMD (Para), Jurulatih Abselling Repelling dan Penyelamat Udaradi PULPAK, Pengesan Tempur di PULADA, Ketua Penerjunan di PULPAK, Ketua Seksyen di PULADA, Asas Tempur Tanpa Senjata (TTS) di 9 RAMD (Para), Jurulatih Payung Terjun di PULPAK, KPSP di 9 RAMD (Para), Sjn Platun di PULADA, KPSMK di IPDA, KPPTTK di IPDA. Semua kursus-kursus yang dihadirinya memperolehi keputusan yang cemerlang dan membanggakan.

Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Yusandayu binti Yahaya. Sepanjang perkongsian hidup, mereka telah dianugerahkan dua orang cahayamata lelaki yang memberi kekuatan untuk beliau lebih berjaya demi anak-anak yang disayangi. Beliau juga memanfaatkan masa lapang beliau dengan aktiviti kerohanian disamping beriadah bersama keluarga dan beliau adalah seorang yang peramah serta amat disegani oleh rakan-rakan.

Top
%d bloggers like this: