Malaysian Army’s First Fire Power Training in Sabah Ops & Training 17th February 202017th February 2020 KOTA BELUD, Feb 15, 2020 – In conjunction with the 87th Army Day 2020, the Malaysian Army (TDM) has held its first Fire Power Training (LKT) in the State of Sabah at the Kota Belud Range, Paradise Camp, Sabah. This exercise aims to demonstrate the firepower ability of the Fifth Malaysian Infantry Division. This year’s Army LKT is divided into two segments, the Dynamic Segment (direct-fire weapon system) and the Indirect Shooting Segment. Dynamic Segments are the ability to operate combat vehicles, the application and effectiveness of the Army’s weapons systems and impact on targets, while Indirect Shooting Segments are the power of mortar and artillery and impact on targets. Among the activities during the execution of the Dynamic Segment were LOH A109 LOH (Gattling Gun), Company Weapons (M4, Minimi, M203, GPMG), Company Support Weapons (RPG-7, 60 mm Mortar), Battalion Weapons (HMG, AGL), Firearm and BUSHMASTER firearm, GEMPITA firearm. The Indirect Shooting Segment was conducted by group firing such as 105 mm cannons and 81 mm mortars. Overall, the LKT has exposed the officers and other members to the efficient application of firearms ranging from small arms to large caliber weapons and enhanced competencies and trained personnel to perform their best assigned tasks. The training graced by the Honorable Head of the State of Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin was attended by over 500 local visitors from Kota Belud to witness the LKT. More interestingly, His Excellency the Speaker of the State of Sabah also had the opportunity to shoot 105 mm cannons towards the target. His Excellency the Speaker of the State of Sabah also officiated the Cokmar Submission ceremony marking the end of a stopover in Kota Belud to Major Saidi bin Mokhtar as the Head of the Convoy to continue the Army Combat Group Convoy to the final destination in Kota Kinabalu. The training was also attended by Army Field Commander East LG Datuk Zamrose bin Mohd Zain, Sabah Police Commissioner, YDH CP Dato ‘Zaini bin Jass, 5th Division Commander, Major Jen Dato’ Mohammad Khir bin Abdullah, and Senior Military Officers Land. Earlier, the Head of the State of Sabah was present at the Kota Belud Airstrip, Camp Paradise, Sabah to watch the Parajump by the 21 Special Service Group (SSG) and the VAT 69 PDRM flying from the Royal Malaysian Air Force’s EC 725 aircraft. The freefall team consisted of 1 Officer and 15 members led by Lt Kol Zulkinine bin Yunus, 11 SSR Commanding Officer. At the event, leaders and agencies were also given the opportunity to shoot the Glock 9mm Pistol guns, M4 Carbine 5.56mm, Minimi 5.56mm, GPMG 7.62mm and 7.62 mm Sniper. The objective of this session was to strengthen the relationship between the Army and its leaders and agencies. Meanwhile, exhibition and demonstration activities were held at the Paradise Camp, Kota Belud from February 13 to 15, 2020. Among the exhibitions were Career Promotion, recruitment of Young Soldiers and Registration of Royal Soldiers, Skydiving Exhibition, Living Counsel Exhibition, Free Armed Forces (TTS) Examination of Health and Dental Examinations, Artillery Exhibition / Assistance and Artillery Shot Mission Demonstration. Other agencies involved in the exhibition were the Department of Social Welfare, the Department of Labor, the Belud City Veterans Association, i-Suri and the PDRM. The PDRM also provided the Cesna 208 Air Movement Aircraft for free flying activities. Good cooperation between the agencies and the Army was evident throughout the exhibition. At the end of the event, the media was given the opportunity to shoot at the plate with a Glock 9mm pistol and a 5.56mm M4 Carbine. It indirectly provides exposure and experience to the media present. In this event, a league-focused mini-competition was held against the generals and colonels. KOTA BELUD, 15 Feb 2020 – Sempena sambutan Hari Tentera Darat Ke-87 tahun 2020, Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengadakan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) sempena Hari Tentera Darat Ke-87 buat julung kalinya di Negeri Sabah bertempat di Lapang Sasar Kota Belud, Kem Paradise, Sabah. Latihan ini bertujuan untuk mempamerkan keupayaan ketumbukan Divisyen Kelima Infantri Malaysia melaksanakan kuasa tembakan. LKT Tentera Darat pada tahun ini dibahagikan kepada dua segmen iaitu Segmen Dinamik (sistem persenjataan tembakan langsung) dan Segmen Tembakan Tidak Langsung. Segmen Dinamik adalah keupayaan aturgerak kenderaan tempur, aplikasi dan keberkesanan sistem persenjataan Tentera Darat dan impak ke atas sasaran, manakala Segmen Tembakan Tidak Langsung adalah kuasa tembakan mortar dan artileri serta impak ke atas sasaran. Antara aktiviti semasa pelaksanaan Segmen Dinamik adalah Tembakan Agusta A109 LOH (Gattling Gun), Persenjataan Kompeni (M4, Minimi, M203, GPMG), Persenjataan Bantuan Kompeni (RPG-7, Mortar 60 mm), Tembakan Senjata Batalion (HMG, AGL), Tembakan LIPAN BARA dan BUSHMASTER, Tembakan GEMPITA. Manakala, Segmen Tembakan Tidak Langsung dilaksanakan secara tembakan berkumpulan seperti Meriam 105 mm dan mortar 81 mm. Secara keseluruhannya, LKT ini telah memberi pendedahan kepada pegawai dan anggota LLP yang terlibat berkenaan pengaplikasian kuasa tembakan yang efisien merangkumi persenjataan kecil hingga ke senjata berkaliber besar dan mempertingkatkan kompetensi serta melatih anggota untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan cemerlang. Latihan yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin telah dihadiri lebih 500 pengunjung tempatan dari Kota Belud untuk sama-sama menyaksikan LKT ini. Lebih menarik lagi, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah juga berkesempatan untuk menembak Meriam 105 mm ke arah sasaran. Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah turut menyempurnakan acara Penyerahan Cokmar menandakan tamat aktiviti persinggahan di Kota Belud kepada Mejar Saidi bin Mokhtar selaku Ketua Konvoi untuk meneruskan perjalanan Konvoi Kumpulan Tempur Tentera Darat ke destinasi terakhir di Kota Kinabalu.Latihan ini turut dihadiri oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Zamrose bin Mohd Zain, Pesuruhjaya Polis Sabah, YDH CP Dato’ Zaini bin Jass, Panglima 5 Divisyen, Mej Jen Dato’ Mohammad Khir bin Abdullah, serta Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat. Terdahulu, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah hadir ke Airstrip Kota Belud, Kem Paradise, Sabah bagi menyaksikan pertunjukan Payung Terjun dari pasukan 21 Grup Gerak Khas (GGK) dan VAT 69 PDRM yang melakukan penerjunan dari pesawat EC 725 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pasukan penerjun bebas ini berkekuatan 1 Pegawai dan 15 anggota yang diketuai oleh Lt Kol Zulkinine bin Yunus, Pegawai Memerintah 11 RGK. Dalam acara tersebut, pemimpin dan agensi yang hadir juga turut diberi peluang untuk menembak menggunakan senjata Pistol Glock 9mm, M4 Carbine 5.56mm, Minimi 5.56mm, GPMG 7.62mm dan Sniper 7.62 mm. Objektif sesi ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan yang terjalin antara Tentera bersama pemimpin dan agensi. Sementara itu, aktiviti-aktiviti berbentuk pameran dan demonstrasi turut diadakan di Kem Paradise, Kota Belud bermula 13 hingga 15 Februari 2020. Antara pameran yang dilaksanakan adalah Promosi Kerjaya, Pengambilan Perajurit Muda lelaki dan Pendaftaran Askar Wataniah, Pertunjukkan Payung Terjun, Pameran Ikhtiar Hidup, Pertunjukan Tempur Tanpa Senjata (TTS) Pemeriksaan Kesihatan dan Pergigian percuma, Pameran Senjata Kecil/Bantuan dan Demonstrasi Misi Tembakan Artileri. Agensi lain yang turut terlibat membuat pameran adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Tenaga Kerja, Persatuan Veteran Kota Belud, i-Suri dan PDRM. Pihak PDRM turut membantu menggunakan pesawat Cesna 208 Pasukan Gerakan Udara untuk aktiviti penerjunan bebas. Kerjasama baik antara agensi dengan Tentera Darat jelas terjalin sepanjang pameran ini berlangsung. Diakhir majlis, media yang hadir diberi peluang untuk menembak dalam acara jatuh piring menggunakan pistol Glock 9mm dan M4 Carbine 5.56mm. Ia secara tidak langsung memberi pendedahan dan pengalaman kepada para media yang hadir. Dalam acara ini, mini pertandingan berkonsepkan liga diadakan iaitu kumpulan media menentang kumpulan Jeneral dan Kolonel. Like this:Like Loading... Related